Ada Cyst Ketika Mengandung. Igauan Ngeri Buat Bakal Ibu

cyst

Seorang ibu muda luluh hatinya bila mengetahui kandungannya ada cyst. Alhamdullilah walau baby dalam keadaan baik ibu mana yang tidak akan risau betul tak? Inilah berita baru yang Ayen terima dari salah seorang kenalan rapat. Scan mahu mengintai “si kecil” yang sedang lena tiba-tiba doktor baru “discovered” ada cyst yang agak besar turut sama membesar di dalam rahim. Masyallah dugaan berat buat ibu muda ini. Sedih sangat. Ayen anggap kenalan rapat ni macam adik sendiri. Apa yang boleh ayen buat hanyalah nasihatkannya bersabar banyak-banyak dengan dugaan ini. Berdoa dengan allah yang esa agar baby sihat sentiasa dilindungi dan tidak putus harapan untuk berikhtiar.

Continue reading

KampungMu KampungKu Jua

Ayen memang takda kampung. Jadi kalau balik kampung memang merujuk kepada kampung suamilah di Slim River. Terpaksalah menumpang kampung orang. Maklumla kita dok keyell…hihi. Menetap di kawasan perumahan teres yang serba sederhana. Tapi kawasan rumah dah macam kampung sebab rata2 yang tinggal di sini adalah generasi ibubapa. So anak2 mereka ni akan berkunjung jengah ayah mak apabila hujung minggu atau cuti perayaan. Parking? Memang penuh kiri kanan jalan. Meriah je rase.

Setiap kali balik kampung, ayen memang macam over excited sket sebab ayen suka suasana sepanjang perjalanan ke kampung tu. Bila tengok pokok, permandangan tepi jalan lagi2 kalau balik awal pagi macam lepas subuh ke best tau kene angin pagi. Segar je rasa.

kampung-halaman-sejati

Continue reading

Tips Rambut Lebat Bak Supermodel Walau Lepas Bersalin

Rambut ibarat mahkota tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Free hair atau berhijab rambut tetap penting untuk dijaga.  Rambut merupakan suatu anugerah berharga yang penting. Rambut membuat wajah seseorang menjadi lebih menarik dan berseri. Malah confident level kita akan meningkat kalau kita mempunyai rambut yang terurus, sihat dan menarik. Masalah rambut gugur, nipis atau botak menjadi satu masalah yang sangat merisaukan. Tambahan pula cuaca panas dan pemakanan merosakkan struktur hormon dan enzim dalam badan menjadikan rambut kita gugur dan tidak bersinar.

potongan-rambut-cantik-wanita-muka-kotak

Continue reading