Posted in Informasi

Apakah Maksud “Low Fire Danger” Pada Baju Kanak-Kanak?

 

FB_IMG_1524576593835

Pernah tak mommies semua terjumpa label baju anak-anak kita dengan label “Low Fire Danger”. Pernah tak kita terfikir apa maksudnya label ini. Kebanyakkan label yang kita jumpa di negara kita selalunya merujuk kepada saiz baju dan cara nak basuh baju (samada dry cleaning atau warm water) kan. Tapi yang ini mungkin kita jarang jumpa.

Biasanya label ini ada tertera pada kebanyakkan baju yang diimport dari luar negara jadi sebab itu agak sukar kita nak temuinya pada baju yag dihasilkan dalam negara.

Jadi kali ini Ayen nak kongsikan dengan mommies semua satu penulisan dari seorang sahabat Ayen (Puan Norhani Aida) di Facebook baru-baru ini tentang maksud di sebalik label “Low Fire Danger” ini. Jom kita layan sharing Puan Hani sama-sama .


“Pernah terfikir tak kenapa baju-baju (kebiasaannya baju tidur bayi/kanak-kanak) yang diimport dari luar negara ada label sebegitu? Penting atau tidak kita untuk ambik tahu?

Selama ni kita ignore aje. Baju-baju Made in Malaysia tak ada pun label macam ni. Tapi kalau di oversea memang hampir semua kita jumpa.

Ini adalah ciri keselamatan pada baju mereka yang ditetapkan dalam garis panduan pembuat baju. Sebelum baju mereka dipasarkan kepada pengguna, harus melalui ujian-ujian bagi membolehkan “Low fire danger” label dipasangkan.

Tahukah kita bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang sukar menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kebakaran di rumah? Terutama ketika mereka tidur, selalunya baju tidur atau pajama mereka disambar api dengan mudah dan risiko untuk kulit melecur adalah tinggi dan boleh mengakibatkan fataliti.

Baju-baju label begini memperlahankan sambaran api dan mengurangkan risiko kulit melecur. Untuk faktor keselamatan anak-anak, carilah baju yang mempunyai label begini. Eh tapi, bila anak-anak pakai baju ada label macam ni jangan biar je pulak diorang main api ke atau tak evacuatekan diorang cepat-cepat jika terjadi kebakaran. Kang mama tepuk dahi awak!

“Safety starts from home.”
Tulisan:
Mama safety concern Norhani Aida Mohd Nor

Rujukan: http://www.kidsafensw.org/imagesdb/wysiwyg/childrensnightwearsafety2013.pdf

Screenshot_2018-04-25-08-34-29-24-01


Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kita sebagai mommies boleh buat pilihan yang terbaik bila mencari persalinan buat si manja yang tersayang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s