Kulit Tidak Sunburn Lagi Malah Liang Pori Semakin Mengecil

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 42: IRDAYATI ABDUL AIR

[KINI KULIT SAYA TIDAK SUNBURN LAGI. MALAH LIANG PORI SAYA JUGA MENGECIL]

FB_IMG_1490965363584
.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Nama saya Irdayati binti Abdul Air. Saya berusia 36 tahun (2017). Saya merupakan seorang bekas konsultant perancang bandar dan desa.
.

Kerjaya saya memerlukan saya kerap pergi outstation; sama ada untuk menghadiri mesyuarat ataupun melawat tapak projek. Ada kalanya sehingga berhari-hari saya perlu melakukan pemeriksaan tapak. Apabila berada di tapak projek, kebiasaannya saya akan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung. Tidak kiralah sama ada sewaktu dalam perjalanan mahupun sewaktu membuat survey di tapak projek. Sehinggakan kulit saya menjadi berminyak, timbul blackheads dan whiteheads serta kusam akibat sunburn. Paling sedih apabila saya buka tudung, garis belak seperti ‘sempadan’ amat jelas ketara di bahagian pipi & pelipis saya. Macam nak nangis rasanya bila tengok.
.

Saya jenis yang sangat memilih dalam produk skincare. Takut sangat nak cuba sembarangan; takut ada bahan berbahaya di dalamnya. Sebelum berkenalan dengan Nutriwhite Shaklee, saya pernah mencuba satu jenama yang dijual di kedai butik khas untuk kecantikan dan wangian yang berasaskan bahan semulajadi. Katanya, produk skincare mereka mampu mengurangkan sunburn dan mengurangkan masalah kulit berminyak saya. Ternyata tidak! Malah, kulit saya jadi semakin berminyak sehingga kelihatan berkilat seperti cermin terutamanya di waktu pagi sewaktu bangun dari tidur.
.

Setelah setahun saya mengamalkan ESP dalam rutin harian saya (untuk penyusuan bayi), saya perasan yang kulit saya menjadi lebih cerah sekata dan gebu. Pada waktu itu, terbuka pintu hati saya untuk mencuba produk Nutriwhite yg dikatakan direka khas untuk kulit orang Asia. Saya bermula dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Kemudian, setiap bulan saya beli satu-persatu pula Spot Whitening Treatment, Ultimate Protection Whitening Lotion, Soothing Radiance Whitening Softener, Gentle Action Makeup Remover; dan yang terkini saya beli Overnight Renewal Whitening Cream.
.

Seriusnya, saya sangat-sangat berpuas hati. Kulit saya yang dulu mudah sunburn tetapi lambat untuk pulih kembali, kini dah tak mudah sunburn lagi! Dah takde dah garis belak di pipi dan pelipis saya. Malah, Makeup Remover telah berjaya membebaskan liang pori saya dari tersumbat oleh blackheads dan whiteheads! Untuk kesan yang lebih mantap, saya tambah pula ambil Shaklee Collagen Powder yang berjaya menjadikan liang pori saya mengecil!
.

Terima kasih Nutriwhite Shaklee kerana telah menjadi ASBAB TERBAIK untuk saya mendapat kulit yang diidamkan. Sampai orang gelarkan saya ‘Kakak Cantik’! Awww!

……

Mahukan kulit mulus, gebu, comel seperti kakak cantik ni boleh cuba produk shaklee ini.

.

Konsultasi dan tempahan boleh hubungi Ayen di talian 017-2071981.

.

Fadzrin Zainal (Ayen)

Whatsapp : https://www.wasap.my/60172071981

Founder of Tokey.Vitamin.KLCC

Tiada Lagi Episod Ulang Alik Ke Klinik Bawa Anak-Anak Yang Selalu Jatuh Sakit

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya, Najihah binti Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang cahayamata yang berusia setahun setengah.sehingga 13 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang anak-anak saya alami selepas amalkan vitamin Shaklee.

FB_IMG_1490379143323
.

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil pasti sudah biasa dengan pengalaman bergilir-gilir menjaga anak-anak yang tak sihat pada waktu malam. Dan sesi ulang alik ke klinik gara-gara anak-anak demam atau sakit silih berganti.
.

Saya dan suami juga mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu. Maklumlah jarak kelahiran anak-anak agak rapat, anak sulung berusia sethn setengah dah dapat adik, kembar pula tu. 3 tahun kemudian, saya melahirkan anak ke-4 pula.
.

Bayangkan ketika itu, anak sulung berusia 5 tahun, anak kedua dan ketiga (kembar) berusia 3 tahun dan anak ke-4 baru lahir. Pada masa tu saya memang belum kenal Shaklee atau apa-apa suplimen.
.

Dulu, anak saya kerap jatuh sakit; kadang-kadang demam, batuk berkahak, selsema, muntah-muntah dan lain-lain. Bayangkanlah kebiasaannya kalau sorang sakit, sorang demi sorang akan “berjangkit”.
.

Boleh dikatakan tiap-tiap bulan muka kami anak beranak akan muncullah sama ada di klinik panel tempat saya kerja dahulu @ klinik pakar kanak-kanak. Dan tiap kali berjumpa Dr Pakar terutamanya, pasti banyak juga caj yang dikenakan. Sebabnya bukan sorang yang sakit, paling tidak dua orang atau lebih.
.

Dan tiap kali berjumpa Dr pun, ubat yang sama jugalah diberi. Balik makan ubat semua, sebulan @ dua bulan lepas tu memang akan berulang semula. Tapi pada masa tu saya memang tak pernah terfikir langsung tentang suplimen atau vitamin ni.
.

Sehinggalah pada akhir 2011, saya mula kenal Shaklee. Tapi utk 1 tahun lebih pada awalnya saya hanya ambik vitamin Shaklee untuk diri sendiri sahaja. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan amalkan Shaklee ia nampak serasi dengan diri saya.
.

Saya mula berikan vitamin Shaklee untuk anak-anak pada awal tahun 2013. Antara vitamin saya saya berikan untuk anak-anak ialah Meal Shakes, Omega Guard, Chewable Vita C dan Nutriferon (bila perlu sahaja).
.

Apa yang saya perasan, selepas konsisten berikan vitamin-vitamin Shaklee ini pada anak-anak, tahap jatuh sakit mereka makin menurun. Kekerapan ke klinik juga makin berkurang.
.

Kalau ada pun yang sakit (demam, selsema dan sebagainya), sakit-sakit tu takkan melarat untuk satu tempoh yang lama. Kalau nampak je simptom-simptom dia orang nak demam, terus saya berikan Nutriferon. Nutriferon ni amat berkesan tindakbalas sekiranya diambil sewaktu permulaan tanda atau simptom demam dan selsema tu.
.

Alhamdulillah..kini walau saya berseorangan menguruskan anak-anak, saya amat bersyukur kerana episod ulang alik ke klinik bila anak-anak sakit tak berlaku sekerap dahulu lagi. Kalau badan anak-anak dah ada rasa panas-panas macam nak demam, terus saya akan berikan Nutriferon (paling utama), diikuti Chewable Vita C dan Omega Guard.
.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Berilah vitamin terbaik untuk anak-anak anda, apa lagi kalau bukan Shaklee sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan seisi keluarga. Saya berharap dengan perkongsian ini, kebaikan vitamin Shaklee akan tersebar serta dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang lagi. Sekian. Terima Kasih.
.

Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.

………..

Jika anda anak-anak yang sering demam lagi-lagi bagi anak-anak yang dihantar ke taska, kuatkan imun badan mereka dengan vitamin shaklee. Insyaallah “lawatan” ke klinik dapat dikurangkan. Bila anak-anak sihat mama pon happy betul tak.

Konsultasi dan tempahan boleh hubungi Ayen di talian 017-2071981.

.

Fadzrin Zainal (Ayen)

Whatsapp : https://www.wasap.my/60172071981

Founder of Tokey.Vitamin.KLCC

Senggugut Tahap Guling-Guling Wajib Ada Stok Ubat Tahan Sakit Serta Keputihan “Meriah” Sampai Gatal-Gatal. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Sampai Berjaya Atasinya Malah Berjaya Hamil!

Assalammualaikum. Saya Farah Qurratun Aini mama kepada 2 orang cahaya mata. Kisah saya dengan Shaklee bermula apabila saya mencari vitamin untuk meredakan sakit senggugut dan keputihan yang teruk sejak dari bangku sekolah lagi.

Dulu setiap kali datang bulan, senggugut pun akan datang juga sampai tahap tak boleh buat apa-apa aktiviti pon. Masa zaman sekolah dulu kawan-kawan cakap kalau senggugut angkat kaki sandarkan ke dinding boleh meredakan sakit sengugut tu. Masa zaman sekolah dulu takde ambil ubat atau sebarang vitamin cuma mampu menahan sakit sahaja.

Bila dah masuk kolej, baru lah belajar ambil ubat tahan sakit warna pink tu..itu pon sebab nak elak dari ponteng kelas..dan kalau time senggugut menyerang dan dalam masa yang sama ada kuiz, test, dengan assignment yang nak disiapkan kemudian time exam mestilah ubat tahan sakit tu menjadi penyelamat. Bila dah cuba-cuba maka jadi lah amalan. Memang tak pernah terputus stok ubat pink tu sehingga lah masuk kerja dan kahwin. Bila dah kerja memang terpaksa lah ambil MC setiap bulan. Menganggu jugak prestasi kerja masa tu.

Dan saya perasan yang keputihan juga makin teruk bila meningkat remaja. Pantyliner pon tak boleh terputus bekalan. Kena pakai dan kena sentiasa ada dalam beg. Semua ni memang rasa sangat-sangat terganggu. Bila buat aktiviti yang mengeluarkan peluh lagi meriah la keputihan tu keluar sampai kadang-kadang jadi gatal.

Alhamdulilah selepas konsisten mkn GLA Complex dan Alfalfa Complex selama 2bulan, sengugut dah takde, keputihan juga makin berkurang dan period datang pon cantik aje. Maksud nya kitaran period tu tetap setiap bulan. Bila kitaran haid dah tetap mudah untuk cari waktu subur dan peluang untuk hamil tu tinggi.

FB_IMG_1490378200412

Dan alhamdulilah bersyukur sangat genap 9bulan lepas tu double line pun muncul .Berita kehamilan itu adalah hadiah ulangtahun kami yang pertama. Menangis kegembiraan kami suami isteri. Dan selepas bersalin kan anak sulung , saya selama setahun 3bulan tak datang haid. Sangat tak selesa. Simptom-simptom macam nak period ada tapi tak period pon. Dan memang merancang nak tambah anak lagi. Sebabkan tak period saya ikhtiar lagi dengan GLA Complex masa itu pada bulan Disember . 3bulan kemudian saya period dan bulan berikutnya April 2016 saya hamil anak kedua. Alhamdulilah.

Inilah Shaklee Effect saya. Terima Allah Terima kasih Shaklee.

……

Jika anda mengalami masalah keputihan dan senggugut maka GLA Complex dan Alfalfa adalah penawarnya. Jangan dibiarkan masalah ini membelenggu anda. Kalau simpan emas mangkin lama mangkin mahal. Tapi kalau disimpan sakit mangkin lama mangkin mudarat.

Hubungi Ayen melalui talian 017-2071981 untuk tempahan dan konsultasi.

Fadzrin Zainal (Ayen)

https://www.wasap.my/60172071981

Founder of Tokey.Vitamin.KLCC

Tiada Lagi Masalah Anemia Ketika Hamil. Malah Bacaan HB Cantik Dan Badan Lebih Bertenaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

.

Saya, Fatimah Azzahra Binti Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang berumur 1, 4 dan 7 tahun. Saya ingin kongsikan #shakleeeffect yang saya rasai selepas mengamalkan supplement Shaklee secara konsisten selama 4 tahun.
.

Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.

FB_IMG_1490377558696
.

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.
.

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.
.

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya.
.

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.
.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.
.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.
.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.
.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.
.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.

………….

Bakal ibu di luar sana, jika anda mengalami masalah anemia ketika hamil recommended sangat ambillah set mengandung shaklee yang sememangnya selamat bagi ibu mengandung dan baby yang dikandung.

.

Hubungi Ayen di talian 017-2071981 untuk tempahan dan konsultasi.

.

Fadzrin Zainal (Ayen)

https://www.wasap.my/60172071981

Founder of Tokey.Vitamin.KLCC

Bertenaga Sepanjang Mengerjakan Umrah, Kembali Ke Tanah Air Dengan Sihat Dan Gembira

UMRAH LEBIH BERTENAGA, KEMBALI KE TANAH AIR DENGAN SIHAT DAN GEMBIRA-PERKONGSIAN HARTINI BADRI]

.

SYUKUR dan gembira rasa hati bila kami sekeluarga dijemput menjadi tetamu Allah. Sebagai persediaan, selain menambah ilmu tentang ibadah, Saya banyak baca pengalaman mereka yang dah pergi. Ramai yang kata ibadat umrah ni menuntut tenaga, terutama tenaga kaki. Dan juga biasanya perubahan cuaca menyebabkan kita mudah terkena demam selsema. Terutamanya bila dah nak balik atau dah kembali ke tanah air.

FB_IMG_1490376822579.

Kami pergi bulan Disember musim sejuk. Memang sejuk sangat. Semasa di Madinah sangat sejuk, keluar solat subuh ke Masjid yang tak sampai 100meter pun mengetar-ngetar kesejukan walau memakai baju sejuk.
Hari terakhir di Madinah tu dah rasa tangan nak mengelupas, bibir dah kering. Mujur saya bawak krim herba. Cepat-cepat sapu, Jadikan lotion dan pelembab muka jugak. Kulit saya jenis kering jadi bila dah mula nak mengelupas, saya sapukan krim.
.

Untuk kuatkan imun badan Vitamin C memang vitamin wajib setiap hari, malah Chewable Vitamin C saya letak di dalam beg sandang senang untuk dimakan dan dipas pas kepada ahli keluarga dan kawan-kawan sebelah di dalam bas bila-bila masa. Masamnya tu pun menghilangkan loya di dalam bas.
.

Kat sana kita takde urusan lain melainkan tumpu untuk ibadah. Di sini tidur memang tak dapat lama. Tidur lambat, bangun awal. Rugi rasanya kalau buang masa untuk tidur. Semasa di Makkah, masih sejuk tapi kurang sikit berbanding Madinah. Seawal mungkin lebih kurang dua jam sebelum Subuh tu kami dah keluar. Kalau lambat pintu favourite untuk solat di depan Kaabah akan ditutup. Kalau dah tutup kena la solat kat perkarangan masjid. Sejak saya baca buku Prof Kamil, saya nekad seboleh mungkin akan pegang tangan mak untuk bawak mak solat depan Kaabah. Maka ikhtiar selalu untuk datang masjid awal.
.

Jadi nak elakkan mengantuk, sebelum keluar ke masjid saya bancuhkan Performance Drink + Cinch Tea Mix. Siap bubuh dalam botol lagi. Kami bancuh dengan air zam zam biasanya. Mak saya jenis mudah juga terlelap maka ni wajib saya suapkan. Ini memang “rahsia” mata terbuka luas. InsyaAllah segar mata nak menjalani ibadat sehingga Dhuha. Nak keluar ziarah pun alhamdulillah rasa bertenaga. Kalau lupa bancuh takpe kamk bawak je siap-siap letak Cinch Tea Mix beberapa sachet kat dalam beg, nanti beli air mineral dan tuangkan.
.

Ibadat tawaf dan saie memang menuntut kekuatan kaki. Saie ni ada beberapa tingkat tau. Pernah sekali kami “terpergi” di bahagian berbukit tinggi. Saya berdua bersama kakak ipar Menolak mak mertua menaiki wheelchair. sangat mencabar, memang memerlukan kudrat di sini. Alhamdulillah diberi kekuatan. Balik bilik memang wajib telan Ostematrix pil kalsium. Yang insyaAllah dapat menghilangkan lenguh lenguh letih kaki berjalan.
.

Yang bestnya dengan izinNya walaupun dah kembali ke tanah air. Walau dengan perubahan cuaca dan penat menjalani ibadah, kami sihat saja. Tiada demam atau batuk. Syukur alhamdulillah.
.

Selain doa, kita juga perlu berikhtiar usaha untuk membolehkan kita dapat melakukan ibadah yang terbaik semasa di sana. Dan ini ikhtiar kami.
Jika anda atau keluarga ingin menunaikan umrah, jangan lupa masukkan suplemen Shaklee sebagai list wajib untuk dibawa ke sana. Segalanya dengan izinNya jua.

………..

Ada antara anda atau saudara yang mahu mengerjakan umrah atau haji, apakata bekalkan vitamin shaklee buat mereka ke sana. Bila badan bertenaga, sihat kita akan lebih fokus dalam mengerjakan ibadah.

Hubungi Ayen di talian 0172071981 untuk konsultasi dan tempahan.

.

Fadzrin Zainal (Ayen)

http://www.wasap.my/60172071981

Founder of Tokey.Vitamin.KLCC

Kulit Muka Berjerawat Kini Cantik dan Mulus Setelah Mengambil Set Cantik Shaklee

 

FB_IMG_1490376220779

Assalammualaikum. Nama Saya Farah Wahida. Berumur 23 tahun. Saya berasal dari Maran, Terengganu. Tapi menetap di Kemaman, Terengganu.
.

Masalah saya sebelum dipertemukan dengan Shaklee adalah masalah muka berjerawat, berminyak dan berparut yang sangat teruk. Saya ada masalah ini sejak darjah 6. Saya banyak pakai produk untuk rawat kulit muka saya, tapi semua tak menjadi dan ia makin teruk. Sehingga saya rasa sangat tertekan dan tak mahu merawat lagi.
.

Saya dipertemukan dengan Shaklee oleh upline saya pada Disember 2016 ketika saya berumur 21 tahun. Dimana beliau beri cadangan kepada saya untuk menggunakan produk ini iaitu GLA Complex, ESP , Vitamin C dan Nutriwhite untuk menstabilkan hormon dan membaiki sel kulit muka saya.
.

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dalam masa 4 bulan saya dapat perubahan yang ketara.
.

Kulit tak berminyak, jerawat tak naik dah. Parut dah berkurang. Syukur sangat. Kesan yang sangat-sangat saya tak jangka.
.

Terima kasih saya ucapkan kepada upline saya dan Team shaklee yang banyak membantu saya. Shaklee Produk No.1 dalam hidup saya.

…………..

Cantik betul kulit sis ni. Jika anda juga mengalami masalah yang sama apakata cuba set cantik shaklee ini. Tempahan dan Konsultasi boleh hubungi Ayen di talian 017-2071981.

Fadzrin Zainal (Ayen)

http://www.wasap.my/60172071981

Founder of Tokey.Vitamin.KLCC

Ulser Mulut Cepat Sembuh dengan Shaklee

Assalamualaikum..Salam Sejahtera. Ada antara uols yang sering terkena ulser di mulut? Perit..sakit..kadang boleh merosakkan mood. Mana taknya, mulut sakit nak makan susah perut lapar, nak bercakap susah. Kadang nak menelan berair air mata. Jika uols sering mengalami masalah ini apa kata uols cuba set ulser shaklee ini. Jom baca kisah yang dikongsi oleh Puan Wan Norasiah Wan Mohd Nor ini.

……………

FB_IMG_1490374530679

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.
.

Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.
.

Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.
.

Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.

Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.
.

Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.

Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.
.

Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.
.

Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah… sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.
.

Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.
.

Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.
.

Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.
.

Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.

Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.

………

Tempahan dan konsultasi boleh hubungi Ayen di talian 017-2071981.

.

Fadzrin Zainal (Ayen)

http://www.wasap.my/60172071981

Founder of Tokey.Vitamin.KLCC

Derita Sakit Tumit Berakhir Selepas Amalkan Supplement Shaklee

Perkongsian testimoni kali ini adalah dari Pn. Nadia Ezdanie Norazman yang menderita sakit tumit. Terpaksa menelan painkiller untuk menahan kesakitan yang ditanggung malah menggangu hobi beliau yang suka melancong. Alhamdulillah setelah berikhtiar dengan supplement shaklee masalah kesihatan beliau dapat diatasi. Jom kita soroti kisah kali ini.

FB_IMG_1490203449227

……….

Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi.

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”

Selepas didiagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini.

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu.

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri.

Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.

……….

Jika anda mengalami masalah seperti Puan Ezdanie apa kata anda cuba supplement shaklee. Insyallah anda juga mampu tersenyum gembira seperti Puan Ezdanie.

Boleh whatsapp Ayen di http://www.wasap.my/60172071981 untuk konsultasi dan tempahan.

Fadzrin Zainal (Ayen)

Whatsapp : 017-2071981

Founder of Tokey.Vitamin.KLCC