I Am Aamir Khan’s Fans

aamir-khan-14a

Hari ni pakat geng #tsunamishaklee up apa cerita drama atau filem yang diorang layan dan memberi kesan ke hati mereka. Kalau tanya Ayen, banyak filem ayen layan. Tapi kalau cerita production Aamir Khan memang ayen tak kan lepaskan. Sebab cerita dia semua best-best belaka. Ada sejarah. Ada ilmu. Ada message.

15894477_1409252542442841_1467416732943833661_n
First movie yang ayen tengok hasil air tangan Aamir Khan ialah Lagaan. Ini cerita zaman British memerintah India. Cerita pasal lawan kriket. Agaknye sejarah macam mana sukan kriket sampai ke India kot. Sekarang kan India hebat sukan kriket. Die aje menang.

Zaman tu setiap kampung perlu membayar tax hasil dari pertanian mereka kepada British. Maklumlah British memerintah. Masa tu Raja India pon terpaksa tunduk dengan pemerintahan British ni. Di sebabkan kemarau panjang para penduduk kampung cuba la “nego” dengan pihak british untuk mengurangkan tax. Tapi pihak british masa tu punyalah eksyen bukan nak kasi turun tapi naikkan lagi jumlah tax. Malah menghukum mereka yg cuba memberontak. Geram betul tau. Emosi betul kalau tengok betapa bongkaknye mereka.

Satu hari bila penduduk kampung ni nak pergi juga mengadap ketua british nak kurangkan tax sebab masalah kemarau  berpanjangan; maka segerombolan penduduk kampung termasuklah Aamir khan dan ketua kampung semua dipaksa untuk tunggu sampai orang-orang British ni habis main kriket. Maka duduklah mereka dekat tepi padang panas terik. Sambil tunggu dan bersabar mereka nampak geng british ni tengah main kriket. Waktu tu sukan kriket tak sampai lagi kat India. Diorang pelik la tengok geng british ni dok lari tangkap bola. Tak faham langsung game ape ni. Nampak macam main kejar2 tangkap ayam aje.huhu.

Habis si british tu main kriket baru la orang kampung boleh jumpa ketua british ni. Negotiation tu tak menjadi malah orang british tu buat deal kalau mampu kalahkan mereka dalam pertandingan kriket maka seluruh penduduk kampung tak perlu bayar tax untuk 3 musim. Tapi kalau kalah, penduduk kampung perlu bayar 3 kali ganda tax. Of cause la Aamir Khan sahut cabaran tu. Maka bermula la sessi selection, training, konflik, semangat berpasukan, semangat negara, semangat agama, semangat perjuangan yang mana di saat mereka kononnya hampir kalah tapi mampu bangkit. Syookkk oowhh macam tengok perlawanan kriket dunia. Ayen kasi 10 bintang. Silalah tonton.

15940335_1409252512442844_2305807364559414617_n
Second movie Aamir Khan yang ayen tengok 48 kali tak puas-puas ialah 3 idiots. Tengok cerita ni feeling jadi student engineer (walaupun Iols student IT aje dulu). Teringat pulak kita zaman student dulu. Lifestyle student yang dekat dengan hati ayen tu yang rase besttt gile citer ni. Kali ini Aamir Khan macam mencabar sistem education yang sedia ada. Adakah sesebuah universiti tempat happy dan fun untuk menimba ilmu atau tempat paling stress dalam dunia dan setiap student terpaksa tempuh hanya untuk mendapat segulung ijazah?

Cerita ini menyampaikan message yang ilmu ni sangat penting untuk kehidupan seseorang untuk menaikkan taraf hidup. Tapi perlu ada minat dan passionate. Bila sesuatu perkara kita lakukan adalah mengikut passionate dan minat insyallah apa yang diusahakan bukan sesuatu yang membebankan dan segalanya mudah walau besar mana halangan dan cabaran yang datang. All is well!!!!

Message yang ayen nampak untuk 2 filem ini ialah kita perlu berusaha keluar dari comfort zone kita kalau nak jadi luarbiasa. Mahu jadi luar biasa kena buat benda yang luarbiasa. Betul tak?!

Next cerita ayen nak layan filem Dangal. Baru tengok the making pon iols dah teruja. Jom siapa nak follow??!
.
.
.
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#tsunamishakleeayen
#amirkhanfan
#lagaan
#3idiots

Fadzrin Zainal
Whatsapp : 0172071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
FB Page : https://www.facebook.com/tokey.vitamin.klcc/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s