2017 Surviving Year

15871671_1403410073027088_8740366080385658818_n

Ayen bukan ahli ekonomi hebat yang mampu nak ramal ape nak jadi dengan ekonomi negara kita. Ayen bukan business women yang dah untung juta-juta macam pakcik hot dalam cerita #isterituanihsan yang ada rumah besar istana atau kereta bmw, poshe beraturr dalam garaj. Yang best ada Myvi cute je parking paling tepi mungkin untuk Kak Maznah pergi ke pasar. Hihi.

Ayen cuma seorang rakyat marhaen yang bercita-cita besar, punya komitmen macam korang semua. Ada anak yang perlu dibesarkan dan sedang berusaha keras untuk survive menghadapi cabaran tahun-tahun yang mendatang. Terutamanya dalam menghadapi 2017.

Kalau nak tips macam mana nak survive memang ramai yang dah kongsi rasanya. Tips jimat..tips menabung duit ijau, oren, merah. Korang boleh gugle aje.

Cuma yang ayen nak korang fokus bila berbelanja tak kira online ke kat pasaraya ke bezakan barang yang nak dibeli itu adalah keperluan atau hanya kehendak. Sebab dari situ kita akan tau mana barang yang wajib kene beli atau boleh ‘dipotong’ dari list shopping.

Duit income kita dapat wajib bayar segala komitmen dulu. Tolak segala hutang. Kalau perlu asingkan dalam envelope ke account lain ke silakan. Yang penting duit tu sampai ke destinasi yang betul. Takut kalau dibiarkan ade pulak terbabas guna. Selalu juga kes ni terjadi pada ayen..hihi. Bila settle segala hutang lapang sikit dada betul tak? Sebab nama pon tak masuk ccris atau popular kat bank negara, bank tak kejar. Mana tau kalau kena keluar negara tak ada la nama blacklist kene tahan dekat airport. Kan malu macam tu. Kambus segala hutang. Tapi jangan pula tambah hutang untuk tutup hutang lama. Kalau macam ni sampai bila-bila hutang tak settle. Macam lagu gali lubang tutup lubang tu. Silap- silap confuse mana nak tutup mana nak kambus..huhu

Kalau perlu buat belanja dapur, elok buat study harga dulu. Sekarang kena rajin buat perbandingan. Kadang beli sayur kat pasar borong pon ok asal harga berpatutan barang bagus segar-segar. Takde kurangnya feeling hipster kalau beli di pasar borong uolss. Jimat pon jimat. Segar pon segar.. Hihi.

Berbelanja guna duit cash yang ada saja. Elakkan guna Kad Kredit. Kalau boleh simpan kad kredit dalam peti besi. Lenyapkan dari pandangan. Hihi. Sebab kalau kad kredit ini dah terpakai lambat bayar interestnya saja 18%. Agak kalau mampu clearkan sebelum due date takpe la. Tapi biasanya confirm ada balance kan. Kalau baki hutang ada RM100 dah kene tambah RM18. Kalau RM1000 dah add on RM180. Kalau beribu ribuuuuuu banyak tuuuu tambahan hutang.

Cari income tambahan. Ini memang macam pak menteri advice. Sekarang nak selesa lebih kena rajin banyak. Nak lagi best turn hobby to income. Mood happy sebab berhobi. Mood double happy bila dapat $$$ dari hobi yang kita buat tu. Ramai saja yang dah success just kene berani pada diri saja. Tapi bila memilih side income cari la yang low risk, modal yang kecil dan tidak membebankan dan product yang tidak bermusim. Haa yang ini Ayen mengalu-alukan sangat uols di luar sana yang nak follow ayen berbusiness shaklee. Sebab business shaklee menepati semua ciri di atas. Malah sangat fleksible terutamanya bagi mereka yang masih bekerja nak buat part time atau suri rumah yang mempunyai jadual padat menguruskan hal rumahtangga tapi mahu jana income dari rumah.

Ustaz ayen cakap kalau nak murah rezeki rajin-rajinlah bersedekah. Tak kira pada sesiapa. Kalau tanya ayen..ayen suka sedekah pada kaum keluarga atau sanak saudara dulu. Sebab dalam riwayat ahmad dan at-tirmizi pernah pesan kalau nak menolong atau memberi sumbangan bagilah di kalangan keluarga yang memerlukan dulu. Bila keluarga dah senang boleh tolong jiran tetangga pula dan lepas tu seluruh masyarakat.

“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, iaitu pahala sedekah. Tetapi jika sedekah itu diserahkan kepada ahli keluarga, maka ia menjadi dua pahala, iaitu pahala sedekah dan pahala silaturahim.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Semoga kita semua kuat untuk menempuh tahun 2017 yang serba mencabar ini. Ayen doakan kita semua dikurniakan rezeki yang diberkati olehNya dan rezeki yang melimpah ruah. Aminn.

Fadzrin Zainal
Whatsapp : 017-2071981
FB Page : Tokey.Vitamin.KLCC

#tsunamishaklee
#tsunamishakleeayen
#shakleeeffect
#liveamazing

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s