Asthma dari Kupasan Dr Maryam Jameelah

Young girl with asthma uses inhaler

Teringat perkongsian seorang senior SEMESTI yang kini merupakan seorang doktor pakar pedeatrik dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO). Segmen bersama Dr. Maryam Jameelah dengan tajuk “Asthma”. Bersemangat betul Ayen tunggu depan TV sambil bertemankan Amani sebab nak tahu apa perkongsian beliau. Walau segmen ini pendek saja (dalam 15 minit) tapi perkongsian padat dan sangat berinfomasi membuka mata minda Ayen untuk kenal lebih dekat penyakit asthma ini.

Alhamdullilah Ayen dan Suami tiada genatik pembawa Asthma/Eczema jadi Adam dan Amani tiada masalah Asthma/Eczema . Walau bukan pembawa genatik Ashtma bukan bermakna anak-anak kita tidak boleh dijangkiti asthma langsung tau. Sebab banyak lagi faktor lain yang boleh menyebabkan penyakit asthma ini. Yang amat menakutkan penyakit Asthma ini ia boleh membawa MAUT! Seriau rasanya.

Ini antara intipati yang beliau kongsikan dan fakta penting yang uols perlu tahu mengenai penyakit asthma.

  1. Apa sebenarnya penyakit Asthma? Asma adalah penyakit kronik yang melibatkan keradangan di paru-paru. Laluan udara ke paru-paru membengkak dan menghadkan aliran udara masuk dan keluar, menjadikan pernafasan menjadi sukar. Asthma berasal dari perkataan Greek untuk “tercungap-cungap”. Pengidap asma akan tercungap dan bunyi berdehit kerana mereka tidak boleh mendapatkan udara yang cukup ke dalam paru-paru mereka.Menurut Doktor Maryam, Asthma/Lelah merupakan penyakit paling common masakini. Kebanyakan kanak-kanak ke hospital adalah disebabkan serangan Asthma. Malah serangan asthma juga menjadi antara punca paling tinggi mengapa anak-anak tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah.Ayen selalu juga perhatikan kebanyakan kanak-kanak ke klinik bukan hanya dapat ubat malah ada yang terpaksa ambil neb atau gas untuk melegakan serangan asthma. Kadang-kadang rasa kesian sangat sebab ada antaranya masih baby. Kedengarannya masalah asthma ini sangat biasa dan kecil tapi implikasinya besar terutamanya ke atas tumbesaran anak-anak kita. Jika sudah terkena serangan bukan boleh baik terus paling tidak doktor akan memberi cuti sakit 1-2 hari untuk tempoh berehat di rumah. Jadi pembelajaran anak terganggu, terpaksa la si anak catch up semula sessi pembelajaran yang tertinggal.
  2. Apa yang terjadi apabila pesakit terkena serangan asthma?Biasanya, apabila kita bernafas dalam keadaan mengah, contoh macam baru lepas bersenam, saluran pernafasan akan mengembang dan terbuka. Tetapi bagi pengidap asma, otot di bahagian tu menjadi sempit dan ketat. Dengan lapisan dalam saluran itu membengkak.asthma

    3. Apakah faktor punca serangan asthma?

  • Faktor Genatik – Jika Ibu atau bapa ada penyakit asthma/eczema maka kemungkinan besar anak akan turut membawa penyakit ini dalam tubuh mereka.
  • Resdung – Resdung yang kronik juga mampu menjadi punca kepada serangan asthma.
  • Terdedah secara lansung dengan asap rokok walau tiada genatik pembawa asthma. Kaum bapa yang punya anak kecil janganlah merokok dalam rumah. Nak merokok sila keluar rumah atau paling best berenti terus. Jika dah merokok nak bermain dengan anak sila bersihkan diri sebab habuk-habuk halus, bau, kimia yang melekat di baju, mulut dan tangan ini yang mampu masuk ke saluran pernafasan anak-anak kita dan menjadi penyebab asthma.
  • Alahan – Alahan kepada sesuatu benda yang boleh menjadi faktor pencetus (“trigger”) kepada serangan asthma. Contohnya makanan yang sejuk-sejuk, habuk, hama burung/binatang dan lain-lain. Faktor alahan ini sedikit tricky untuk kita handle kerana kita tidak akan tahu sehingga anak-anak akan terkena serangan bila terdedah kepada alahan ini. Jadi observation dari ibu bapa sangat diperlukan. Seperti makanan, ibu bapa perlu buat checklist apa makanan yang boleh dan tidak boleh diambil jika anak adalah penghidap asthma. Yang tidak boleh tu wajib dielakkan. Informasi ini boleh juga dikongsi dengan cikgu (jika anak dihantar ke taska) atau bila anak sudah besar dan faham bagitahu empunya diri sebab menjadi tanggungjawab anak sendiri menjaga diri dan kesihatan diri.

    4. Apakah tanda-tanda sebelum serangan asthma/lelah berlaku?– Batuk yang berpanjangan – seminggu dua tak sembuh-sembuh.
    – Batuk pada waktu malam atau awal pagi (3-4 pagi)
    – Nafas berbunyi (whizzing) atau laju.
    – Anak mengadu ketat di dada bila bernafas. Ini mungkin disebabkan saluran pernafasan semakin sempit.

*Jika ada satu dari tanda-tanda di atas silalah bawa anak anda ke hospital untuk rawatan lanjut.

5. Asthma terbahagi kepada 2 kategori.

– Tahap Ringan – Bagi pesakit asthma tahap ringan, doktor hanya akan memberi ubat pelega (seperti Salbutamol) dan menasihatkan pesakit untuk mengambil mengikut dose tertentu bila terkena serangan.

-Tahap Kronik – Bagi pesakit asthma tahap kronik pula, keadaan pesakit lebih teruk. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur malam. Pada pesakit ini doktor akan beri mereka ubat berunsur “pencegah” kepada mereka. Ubat mungkin mengandungi steriod bertujuan menguatkan paru-paru untuk mencegah pesakit dari serangan asthma.

 

Walaupun Asthma bukan sejenis penyakit yang boleh diubati dan ,tapi ia boleh dikawal dengan amalan nutrisi sihat.

Nutrien penting untuk kawalan asthma:-

  • MINYAK IKAN OMEGA-3 : Membantu meredakan keradangan.
  • VITAMIN C : antioksida
  • VITAMIN B COMPLEX : mengandungi choline yang penting dalam mengelakkan serangan asma yang kerap.
  • MAGNESIUM : mereka yang mengidap asma secara amnya mengalami kekurangan magnesium dalam badan.

Sekiranya anda atau anak anda mengidap asma, perkenalkanlah mereka dengan Shaklee, kerana Shaklee sudah terbukti menurunkan C-reactive protein yang tinggi dalam darah pengidap asthma.

Konsultasi dan tempahan boleh hubungi:

Fadzrin Zainal
Whatsapp : 0172071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
FB Page :Tokey.Vitamin.KLCC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s