Gorgeous Sepanjang Kehamilan, Siapa Yang Tak Mahu Memang Menolak Rezeki

Kehamilan adakalanya mengganggu hormon wanita menyebabkan hilang ‘mood’ hendak melaram seperti sebelum hamil. Keadaan ini membuatkan sesetengah ibu hamil tampil tidak bermaya dan kurang bergaya.

lesu

Kalau bercerita tentang pengalaman Ayen, sewaktu mengandungkan Adam memang sangat rajin bersolek. Kalau nak keluar berdating dengan che abang nak pilih baju pon lama. Nak fikir baju dan seluar ni match ke tak. Lepas tu siap berlipstik semua. Walau pergi kedai 7-11 saja bersiap macam nak ke shopping kompleks.

Tapi lain pula cerita sewaktu mengandungkan Amani. Kalau boleh nak pergi office hanya berseluar track dan T-shirt. Baju tak kira dah match atau tak dengan tudung. Main sauk saja mana yang dah digantung. Konsep dia, asal boleh dan menutup aurat…hihi..Lipstik? Kalau boleh tak yah la pakai. Tapi kalau ke office kena la rajin sikit nanti orang kata tak presentable pula. Dua anak, dua pengalaman berbeza. Jika ada rezeki Ayen, future pregnancy tak tau la macam mana. Inilah yang orang selalu katakan, “pembawakan budak” . “Pembawakan budak” merupakan faktor utama mengapa mommies begitu. Bukan salahkan baby, tapi hormon yang sedang haywire tu yang buat mommies jadi bukan diri mommies yang selalu.

Namun, biasanya ‘pembawaan budak’ itu hanya berlaku sekitar tiga bulan pertama kehamilan sahaja. Sebaik usia kehamilan masuk trimester kedua, ibu lebih berasa sihat dan bertenaga biarpun sedikit keletihan.

Ada sesetengah wanita yang beruntung kerana sepanjang bulan pertengahan kehamilan, penampilan mereka kelihatan lebih berseri. Rambut menjadi semakin berkilauan, pipi kemerahan dan kulit sihat dan licin. Tetapi tidak semua orang berkeadaan sihat begini. Paras hormon yang tinggi boleh mengakibatkan kesan yang kurang baik kepada kulit, kuku dan rambut.

Bagaimanapun jangan risau sekiranya perubahan berlaku kepada diri anda, sebarang perubahan yang kurang memuaskan biasanya hilang selepas kelahiran. Ada beberapa perubahan ketara yang mungkin berlaku semasa ibu hamil. Antaranya ialah:

Rambut
Sekiranya rambut menjadi kering dan mudah berbelah, gunakan syampu yang lembut dan perapi rambut. Jangan sikat rambut terlalu kerap atau kasar. Basuh rambut yang berminyak dengan kerap supaya sentiasa berkilau. Ibu-ibu boleh cuba shampoo keluaran Shaklee ( Prosante yang tiada bahan kimia berbahaya). Ia takkan membahayakan ibu dan bayi tersayang.

Kulit
Kulit mungkin bertambah baik, kecacatan hilang dan tekstur kulit menjadi licin dan lembut. Bagaimanapun ibu mungkin memiliki kulit yang sangat kering, berminyak atau berbintik.  Bersihkan kulit dengan sempurna, sapukan pelembap dengan lembut di bahagian yang kering dan tambahkan minyak mandian dalam air mandian.

Kuku
Kemungkinan juga ibu mengalami kuku mudah patah dan merekah. Pakai sarung tangan ketika melakukan kerja rumah atau semasa berkebun.

Mengambil supplement semasa hamil sangat penting dan sudah menjadi keperluan, untuk memastikan tumbesaran bayi dan juga untuk menyediakan tubuh badan ibu supaya sihat bertenaga sepanjang kehamilan serta sebagai persediaan untuk menyambut kelahiran baby yang tersayang nanti.

14305355_1103703489665773_8264992584561577186_o

Antara Vitamin Shaklee yang sangat bagus untuk diambil sepanjang kehamilan ialah:

Vitamin Ibu Mengandung 1st Trisemester

Vitalea – Multivitamin terbaik dengan formula zat besi. Membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. Jika ibu mengambil vitalea, obimin tidak perlu di ambil lagi.

B Complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Vitamin C – Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Ostematrix/Kalsium – keperluan ibu mengandung adalah 1000mg – 1300mg kalsium sehari untuk pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilan kalsium juga membantu mengurangkan sakit belakang ,kebas-kebas dan kekejangan kaki yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.

ESP- Energizing Soy Protien untuk membekalkan protien yang cukup, untuk memastikan pertumbuhan bayi yang sihat.

Vitamin Ibu Mengandung 2nd Trisemester

Vitalea
B Complex
Vitamin C
Ostematrix / Kalsium
ESP 

OmegaGuard – merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Omega diperlukan untuk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang hanya diperolehi melalui pemakanan.

Jom tonton video ini. Che adek Puan Ainul ini yang sedang sarat 7 bulan masih mampu mendaki Candi Borobudur lebih pantas dari kawan-kawan yang tidak mengandung. Sado adek kita ni kan. Nak tahu rahsianya baik tengok.

 

Mommies yang mahu kekal gorgeous dan lincah sepanjang kehamilan bersama set mengandung shaklee? Boleh hubungi Ayen untuk tempahan dan konsultasi.

Fadzrin Zainal
Whatsapp : 0172071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
FB Page : Tokey.Vitamin.KLCC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: