Selepas 18 Tahun Kini Rinduku Terubat

Kami mula kenal sejak tahun 1994 sewaktu menjejakkan kaki ke bumi SEMESTI. Sejak umur 13 tahun, sewaktu masih hingusan. Waktu ini lipstik pon Ayen tak kenal lagi. Si dara sunti yang masih naif..ggittuuuu. Umur semuda ini kami dah mula berdikari. Duduk di asrama sahabatlah yang lebih dekat sebab banyak masa di sekolah. 5 tahun bersama, melalui zaman membesar bersama, melalui zaman kene lecture dengan akak senior bersama; korang agak boleh lupa ke semua kenangan tu. Insyallah sampai bila-bila pon Ayen akan ingat. Banyak suka dari duka. Kini selepas 18 tahun kami bertemu kembali. Main laga-laga pipi. Walau ada Whatsapp group mana sama sembang dalam chat dengan face to face. Dah lama kami plan nak buat session laga-laga pipi ni. Dari tahun lepas membawak ke tahun ini. Dan akhirnya semalam 16 Disember 2016 adalah tarikh keramatnya. Dan kami memilih Dorsett Hotels Putrajaya sebagai lokasi reunion kami. Nak pula hotel ada buat promotion sementara cuti sekolah ni. So staycation terus.

15134710_10154297639327830_709553086462952086_n

Sehari sebelum tu memang Ayen tak dapat tido sebab excited punya pasal. Ini memang penyakit ayen, kalau ade benda yang buat ayen excited memang malam tu tak boleh tidur. Dalam kepala ni banyak benda nak difikirkan.  Nak pakai baju ape..agak macam mana la rupa masing-masing..nak borak citer ape dulu..udah gaya cam nak jumpe kekasih lama..hahahah.

Hari kejadian, nak dijadikan cerita en. suami kene pergi outstation pulak. Sebab hati ni memberontak nak juga jumpa sahabat lama. Ayen angkut mamaku skali. Bawak sekali dengan anak-anak. Hahahaha…kira dah jadi staycation anak beranak dah..kiki..tapi mama memang rock..mahu juga mama join walau awalnya malu-malu meow. Mama ayen pemalu orangnye macam anak die jugak. betul tak?? . Tapi tanpa bantuan mama mungkin peluang nak join reunion ni tipis. Terima kasih mama..i love u so much..muah muah.

Kami tiba di hotel dalam pukul 4 petang. Just nice. Easy driving dari rumah ada lah mengambil masa sejam. Siap berhenti menyusukan Amani di R&R Seri Kembangan lagi. Kalau mama yang drive memang camni lah, banyak pit stop. Dah check in jadi aktiviti petang tu masing-masing rehatkan badan golek-golek aje dalam bilik. Saiz bilik ok la sesuai dengan promotion yang diberi (RM198/per night plus breakfast untuk 2 dewasa 3 Kanak-kanak).

Lepas solat maghrib terus semua siap cantik-cantik. Ade tema kaler uollss. Kali ni kami memilih gabungan Hitam dan pink. Ayen pakai baju mana yang ada saja. Jimat sikit poket hihi. Baju tak penting yang penting quality time dengan sahabat lama tu yang precious. Nak jumpa bukan senang bila masing-masing punya komitmen keluarga dan tugas. Ada yang dari Johor dan Tanjung Malim pon sanggup turun.

Dinner berlansung di tingkat 3. Masing-masing memang excited la bila jumpa. Tapi apa-apapun kita isi perut dulu. Macam biasa suap dulu la makanan untuk 2 orang budak kecil ni. Sambil suap sambil makan…sambil berborak hihi. Segalanya nak dikongsi selama 3 jam. Mane mampu nak cover semua cerita. Kejap saja rasanya 3 jam tu berlalu. Walau diriku busy berkejaran dengan Amani tetap sempat bergelak ketawa dengan sahabat. Alhamdullillah Adam pon memberi kerjasama walau ade time tu dia nak potong kek orang..hahaha..terima kasih birthday girl Fairuz Adnan kasi chance adam potong kek. Die memang tak sabar dah nak tunggu potong kek die sendiri. Hihi..

Alhamdullilah makan pon sedap-sedap. We all enjoyed very much. Kenyang perut suka hati. Tu yang gelak suka hati sampai tak dengar nomborku dipanggil..kikiki. Since dinner dekat sini Ayen memang booked awal-awal bilik hotel (ini takde kene mengena dengan puan organizer..huhu). So takde la rush balik rumah malam-malam. Kalau mintak review bilik ada 2 benda yang pihak hotel kena improve:

1) Bathroom tak boleh kunci.

Walau pintu bathroom slide habis tapi tak ada selak untuk kunci. Jika bermalam seorang diri atau berdua sahaja mungkin tiada masalah. Tapi jika ramai, nak pula ada anak yang dah besar sikit takut ada pula kes pencerobohan privacy. Kalau pihak hotel buat selak bodo-bodo pon dah kira ok.

2) Bilik Toilet (Jamban) tak ada bendul untuk elak air keluar dari bilik.

Since sudah ada pancur air disediakan possibility untuk air keluar dan membanjiri bilik amat tinggi. Jika ade bendul tinggi sikit untuk elak air keluar amatlah dihargai. Sebab sudah ada kes bilik banjir sebab anak kecil main pancur air di toilet. (Bilik dirahsiakan demi menjaga nama baik semua pihak).

Yang lain Alhamdullilah tiada masalah. Malah staff hotel peramah dan baik belaka.

Terima kasih tak terhingga buat datin Akmar Yartini Abdul Jalil dan datin Irda Bay. Gandingan datin organizer yang mantop dan sabar dengan kerenah datins. Lagi-lagi ayen la. Kejap kejap blur cabut nombor berapa…hahaha. Untuk memeriahkan majlis ada la sessi tukar-tukar hadiah. Tapi nasib baik ade geng confius sesama. Ini baru 16 orang kalau full korum SPM98 Ayen tak boleh nak imagine kemeriahan dan kekecohan kami. Mungkin sessi tukar hadiah saja dah amik masa 2 jam hahaha..

Terima kasih kasih buat datins semua sudi bersahabat dengan ayen sehingga hari ni..I love u ollsss ketat ketat... Seriously semua gorjees belaka, awet muda macam baru lepas ambil result SPM aje. Padahal ada yang sudah beranak 2,3,4. Profession masing-masing pon gempak. Maklumlah 18 tahun bukan waktu yang singkat.  Pada mereka yang tak dapat hadirkan diri atas sebab komitmen kepada keluarga dan tugas, insyallah umur panjang dan ada rezeki kita bertemu di sessi akan datang. Insyallah korang mesti enjoy.

15493790_10154375832692830_6813616056767976883_o

Hugs and Kisses to all Datins. Till we meet again insyallah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s