I like hot stuffs!

I like hot stuffs! Haaa…kalau cili adalah dalam keluarga sayur maka ayen memang peminat cili tegar. Segala jenis cili ayen suka. Cakap aje cili merah, cili hijau, cili padi burung, cili padi akar, cili padi kampung, capsicum, jalapeno. Semua sedap. Kalau makan tak ada kick rasa pedas macam tak lengkap rasanye. Ulam cecah sambal belacan cili padi burung perrgggg terangkat. Makan pula dengan nasi panas ya allah mak mertua lalu belakang memang tak sedar uolss..

Si merah yang memikat hati

Si merah yang memikat hati

Cili bukan hanya berfungsi sebagai penambah selera. Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.

Antara lain khasiat cili adalah:

1) Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah

Penyelidik di University of Tasmania dalam American Journal of Clinical Nutrition yang diterbitkan pada bulan Julai 2006 membuktikan bahawa makan cili boleh memberikan kesan yang sangat positif pada orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurang sehingga 60% selepas makan cili.

2) Membantu Dalam Menurunkan Berat Badan si Pemakan.

Capsaicin juga sebatian termogenik, dan meningkatkan kadar metabolisme, yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa makan cili boleh meningkatkan kadar metabolisme anda sehingga 23% selama kira-kira 3 jam!! Haaa…. kan dah dapat tips nak turunkan berat badan tu, dengan menambahkan cili dalam diet harian anda.

3) Menyihatkan Jantung dan Mencegah Strok

Cili boleh mempunyai kesan dramatik pada kesihatan anda dengan membantu untuk meningkatkan peredaran darah dan juga bertindak untuk membantu melindungi anda daripada strok.

4) Bertindak seperti Ubat Penahan Sakit

Apabila cili dimakan, makanan tersebut akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin, iaitu hormon yang bertindak untuk menghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Para penyelidik di Universiti Harvard menyatakan bahawa mereka percaya capsaicin boleh digunakan untuk mensasarkan reseptor rasa sakit, tanpa memberi kesan kepada sel-sel saraf atau menyebabkan kesan sampingan. Ianya mengandungi neuropeptide di mana pengambilannya boleh mengurangkan rasa sakit dan keradangan terutamanya kepada pesakit rheumatoiddan arthritis. Ubat penahan sakit yang ada di pasaran sekarang boleh memberikan kesan sampingan, oleh itu jom kita gantikan dengan pengambilan cili secara berterusan sebagai alternatif untuk menahan rasa sakit.

5) Bertindak Selaku Antibiotik Semulajadi dan Melancarkan Peredaran Darah

Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel darah putih dan leukosit dalam darah)  tadi akan melawan jangkitan tersebut.

6) Mencegah Kanser Prostat

Terdapat juga kajian yang mendapati bahawa orang yang makan banyak cili mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser prostat, kata Bosland [Sumber: ABC News].  Jadi che abang di luar sana boleh masukkan cili dalam diet harian anda.

7) Bertindak sebagai Antioksida

Cili mempunyai Vitamin C dan Vitamin A yang mengandungi beta-karoten yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan akan memusnahkan bahan radikal bebas. Biasanya, radikal bebas boleh bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.

8) Bertindak Sebagai Terapi Mood dan Penenang

Bukankah pelik, bagaimana benda yang sangat pedas tapi kita suka sangat makan sehinggakan tak boleh tiada. Ini sebenarnya adalah kerana endorphin yang dikeluarkan oleh otak akan memberikan rasa nikmat apabila dimakan, membuatkan kita seolah-olah ketagih untuk makannya lagi walaupun ianya pedas. Sebab tu rasa seronok dan puas kalau dapat makan masakan yang ada cili lebih-lebih lagi kalau cili digigit mentah-mentah. kan? letak dalam budu ke, buat cili kicap ke… fuhhh.

Kepada semua penggemar cili jom ayen kongsikan resepi sambal betawi kesukaan keluarga ayen. Kalau buat sambal ni makan dengan ikan kering nasi seperiuk pon tak sedar. Huhu.

RESEPI SAMBAL BETAWI AYEN
========================
Bahan-bahan:
5-6 biji cili merah
5-6 biji cili hijau
5-10 biji cili padi (nak pedas lagi kick boleh tambah lagi
1 biji bawang merah
Belacan
Asam jawa besar ibu jari

Cara membuat:
1- Potong kasar semua cili. Kalau tak nak potong pon boleh tapi takut meletup kalau nanti di goreng.
2- Potong kasar bawang merah.
3- Panaskan minyak. Bila minyak dah panas masuk kan semua bahan dan goreng sampai cili layu. Masa ni dapur akan bau semerbak sebab ade belacan .  Masa ini kalau anda ada periuk yang bertutup pon elok digunakan. Jadi tak la minyak merecik keluar kuali atau terkena tangan. Kalau anak dara yang kena dah nanti potong duit hantaran. hihi.
4- Bila cili dah cukup layu bolehlah di angkat. Minyak bekas gorengan jangan dibuang dulu. Letakkan ketepi.
5- Bahan-bahan yang dah digoreng tadi perlu ditumbuk/blend. Ayen suka tumbuk guna lesung batu sebab rasanya lagi sedap kalau dibandingkan dengan di-blend. Tumbuk sampai lumat. Kalau asam jawa ada biji elok dibuang biji dulu senang nak ditumbuk dan dimakan nanti.
6- Bila semua bahan dah lumat boleh perisakan garam dan gula. Agak-agak saje ikut tekak masing-masing. Tapi garam tak perlu banyak sebab kita dah masukkan belacan.
7- Dah gaul mesra semua bahan serta perisa dah balance bolehlah diangkat masuk ke dalam mangkuk. Minyak lebihan goreng tadi boleh la dimasukkan sedikit kat atas sambal jadi berkilat  tgk sambal betawi tu.
8- Siap! Dah boleh dihidang dan makan. Nyyummm. Nak jadikan sambal betawi ni macam sambal ayam penyet pon boleh. Layaannn. Selamat mencuba!

Inilah rupanya bila sambal betawi sedang digoreng

Inilah rupanya bila sambal betawi sedang digoreng

Walaupun cili ada bermacam vitamin, persoalannya cukupkah pengambilan vitamin harian kita? Takkan nak telan cili saja sebakul. Kalau bukan cili, mampu tak korang nak telan sayuran atau buah buahan banyak-bannyak untuk menampung keperluan vitamin harian kita? Cuba bayangkan untuk vitamin c saja kita mesti makan 7-8 biji oren setiap hari. Itu baru vitamin c, macam mana pula vitamin a,b,d, k dan lain2 nutrien? Lagi satu, segala nutrien dalam makanan kita mudah hilang bila terkena panas melampau. Agak-agak berapa peratus nutrien yang tinggal selepas makanan dimasak. Lagi-lagi lauk orang melayu kalau tak rendang tak sah kan. Masak rendang tu bukan saute-saute manja aje. Kadang masak guna api besar berjam-jam. Silap-silap kenyang saja dapat tapi nutrien zero.

Itu pentingnya pengambilan supplement. Pengambilan supplement mampu menutup lohong-lohong nutrisi yang tak cukup dan disalurkan ke seluruh  badan. Baru badan rasa best dan kita punya lebih tenaga.

Tapi kita tidak boleh menolak bulat-bulat pengambilan makanan seperti sayur. Bagi ayen pengambilan sayuran dan supplement sama pentingnya. Maka jangan ditinggalkan sayur dalam diet harian kita. Dan supplement untuk jaminan cukupnya pengambilan vitamin harian kita disamping memperkukuhkan sumber nutrient yang masuk dalam badan.

Jika anda pon suka cili kita seppp!   . Kalau anda juga pengambil supplement shaklee laaagiii double sepppp!   

#tsunamishaklee
#tsunamishakleeayen
#liveamazing
#shakleeeffect
#sayatakjualcilisayajualshaklee

Fadzrin Zainal
017-2071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
Tokey.Vitamin.KLCC

*Sumber bacaan kelebihan makan cili adalah dari PucukUbi.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s