Sempat ke Berhobi Sejak Jadi WAHM?

hobi-1024x769

H.O.B.I ~ Hobi orang bermacam-macam. Ada yang suka bercucuk tanam, Ada yang suka menjahit, Ada yang suka mendaki gunung. Ada yang suka lepak tengok cerita hindustan. Macam-macam lagi. Apa yang penting bila berhobi kepala tak stress. Sebab hobi ini adalah satu cara stress terapi. Ramai orang stress sekarang ini mungkin sebab tekanan kerja, cara hidup dan macam-macam lagi penyumbang stress. Jadi dengan berhobi sekurang-kurangnya stress itu dapat dikurangkan. Stress yang tak dikawal mampu menyumbang bahana kepada tuan punya badan. Sound simple tapi impaknya besar tau.

Kalau cerita pasal hobi, banyak hobi ayen. Hobi ayen ni ikut musim..hihi. Masa zaman muda mudi sebelum berkahwin hobi ayen adalah berjogging. Since masa tu kerja europe hour waktu petang around 5:30 -7 petang tu consider kami punya waktu dinner break. Instead of pergi makan. Kami segeng akan tukar baju sport main lari-lari anak kat klcc park. Maklumlah kerja kat klcc senang la sikit. Dapat 2-3 round kira ok la kan. Kadang kalau waktu kerja menimbun atau stress memang bantai jogging la jawabnye. Atau pun asal ada weekend free memang sarung kasut jogging. Kalau petang hujan berjogging atas track mail aje la mengadap klcc park. Tapi yang penting jogging. Konon stress terapi. Hehe.. Bagus juga hobi macam ni badan fit la sikit masa ni. Masa ni syok sebab ramai geng jogging, join futsal, join geng badminton. Zaman masih panas..hihi. Ini waktu zaman mudaku. Tapi sekarang pon muda lagi what..haahha.

Ada pula semusim ni hobi ayen waktu tu suka tengok awan dan tangkap gambar awan yang ayen rasa cantik, gebu dan menawan kalbu. Bila tengok awan tu rasa tenang je. Rase nak lompat-lompat atas awan gebu tu. Macam satu lagu orang putih ni tajuk die cloud nine. Waktu tu macam memburu cloud nine..awan paling memikat hati. Siap kumpul ok gambar2 awan ni..hahaha..Sekarang masih suka tengok awan tapi tak sempat nak ambil gambar je. Jawapnye mampu lihat aje la kebesaran allah yang satu ni.

Bila sudah berumah-tangga maka waktu working hour pon dah tukar, team pon dah tukar, geng joging pon tak seteam, jadi hobi pon bertukar.hehe.. Since dah bersuami dan ada orang nak test bahan ujikaji kita ni maka ayen suka bereksperimentasi bila memasak. Masak lauk hari-hari tu tak la dikira hobi. Ala macam kita ada masa lebih tetiba nak test masak spegatti seafood marinara atau ayam panggang tonggeng..haaa…contohnye gitu la.Masa ni la sibuk beli oven la. Mixer nak buat kek la. Hihi. Suami pasrah je la layan bini die ni..hihi. Tu pasal lepas kawen boleh tengok peningkatan perut suami ayen yang orang selalu kata “maju kehadapan” tu. Pipi dia pon macam kuih pau.I Sekarang lagi la pau malah bertambah gebu. Hahah no worries abang walau abang gebu macam mana pon I tetap sayang U ❤ aahaaksss. Kadang kene la dengan selera die..kadang die bgtau gak tak sedap..huhu..kate experiment kan. Tapi bila start mengandung ayen memang alah bau-bauan masakan ni jadi terpaksa la gantung periuk 3-4 bulan. Jadi sepanjang tempoh bertenang ni hobi memasak pon berehat sama. Bila kepala dah tak ting tong hobi memasak datang kembali.

Sekarang ada tambahan hobi baru. Sekarang asal ada masa terluang ayen suka menulis di blog. Dulu mana ada nak menulis semua ni. Ayen adalah orang yang memang tak ada diari. Ayen memang tak suka menulis lagi-lagi hal-hal peribadi. Hal-hal peribadi banyak ayen simpan aje dalam hati. Nak mengarang ayat pon kekok dulu. Kalau kaedah bercerita ini memang tak pandailah.

Tapi sekarang sebabkan bila ayen bershaklee yang mana blog merupakan medium paling utama untuk share maka minat atau hobi untuk menulis ni datang. So bila ada masa menaip la depan laptop. Kalau bukan share mengenai shaklee atau ilmu kesihatan, ayen akan menulis apa sahaja topik. Bila menulis ni ayen bayangkan ayen sedang bercerita dengan orang, borak dengan kawan2. Consider stress terapi Ayen la. Eh WAHM mom pon kadang ade datang angin stress juga. Kalau dibandingkan waktu kerja dulu dengan sekarang, sebagai WAHM lagi busy. Jadi Ayen selit-selit masa menulis sambil berbusiness dan jaga anak. Dapat satu perenggan pon jadilah. Kalau masa lebih dapat la satu post.

Lagi satu bila dah jadi WAHM bukan macam di office, kita ada time kita bergosip dengan geng kita. Banyak masa kita dengan anak-anak saje. Kalau anak masih kecil macam anak-anak ayen kita borak dengan dia..dia gelak-gelak aje mana faham..hihi..Kalau nak berwhatsapp tetap perasaan dia tak sama dengan berborak face to face. So ayen masukkan cerita ayen dalam blog aje. Mana tahu rajin menulis ada rezeki terpijak orang panggil review produk ke..review blog ke.. Orang sekarang dari blog pon boleh jana income. Boleh tukar hobi into income. Siapa tak nak memang rugi oiiii. Siapa cakap WAHM tak sempat berhobi. Nak dengan tak nak aje...

ridwan-kamil-pekerjaan-yang-paling-menyenangkan

Apa hobi uolss? Jom kongsi dengan ayen. Mana tau segeng bleh share perasaan sesama.

#tsunamishaklee
#tsunamishakleeayen
#shakleeeffect
#liveamazing

Fadzrin Zainal
017-2071981
Pengedar Shaklee KLCC, Setiawangsa, keramat AU dan Wangsa Maju
Tokey.Vitamin.KLCC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s