Online Business Trend Masakini

“Atuk borek, cucu rintik” Ini peribahasa Ayen gubah untuk bersesuaian dengan cerita kali ini. Arwah atuk Ayen adalah seorang peniaga. Selepas perang dunia kedua atuk memang memilih untuk berniaga secara kecil-kecilan untuk menyara keluarga. Atuk berniaga barang basah macam ikan, sayur, ayam, daging. Waktu tu masih belum dapat tapak di pasar keramat. Jadi Atuk bawa barang berniaga naik moto roda tiga round satu kampung. Mama selalu cerita Atuk orangnya sangat jujur. Berniaga untungnya bukan banyak, tapi cukup makan pakai sekeluarga saja. Untung ribu2 jauh sekali. Tapi Atuk orangnya kuat semangat. Tak pernah putus asa. Walau perniagaannya kecil-kecilan tak pernah dia merungut duit tak cukup. Itu hebatnya kalau orang kuat iman dan berpegang teguh dengan rezeki allah.

business

Bila duduk diam2 dan berfikir kembali rupanya darah berbusiness memang sudah ada dalam diri Ayen, cuma tak dipolish saja selama ini. Ayen mula suka suki berbusiness sejak zaman “U”. Macam mana boleh terjebak jual T-Shirt di asrama pon lupa..hahaha. Tapi ada seorang senior ni tanya berminat tak nak jual t-shirt. Dapat komisyen sekian2 banyaknye. Gigih jugalah waktu tu bawak t-shirt setiap bilik asrama. Borak2 jap. Nasib Ayen ni jenis suka borak dan peramah tamah orangnya.hihi..So nak tegur orang takde masalah. Cuba bayangkan sebagai student seronok tak dapat rm200-300 hasil jualan t-shirt? Mestilah seronok. Tapi jual t-shirt ni suka2 aje so sekejap je la aktifnya. Bila akak dealer tu pon diam aje..kita pon senyap aje la.

Barang apa yang ayen tak jual..hihi..ini antara produk yang pernah dan masih ayen jual:

  • Pernah jual dodol sumi. Sedap..orang pon suka sampai ambil stok beratus kilo. Tapi bila kos barang naik dan untung sikit aje jadi ayen fikir dan buat kira-kira tak balik modal. So ayen stop jual dodol.
  • Pernah jual sabun liquid macam dynamo tu. Awal2 syok juga berliter2 orang amik stok.Penuh bonet baby-vi iolss. Tapi sampai satu masa stok selalu habis. Dealer pula buat diam aje. Jadi stop pula jual sabun.
  • Pernah jual kuih raya. Ni tolong sedara mara. Tapi produk bermusim jadi tak berapa nak kencang.
  • Pernah jual muruku dan kerepek, saja test market ambil stok pon tak banyak. Alhamdulillah boleh la balik modal dan dapat untung sikit. Insyallah next raya nak jual lagi..hihi.
  • Supply barang ke pra sekolah. Yang ni baru tahun ni start. Bidang baru dan belum pernah ayen ceburi sebelum ini. Bila datang meeting dan represent sebagai owner company lain macam sikit perasaan die. Seram juga. Berurusan secara formal dengan guru besar, penolong kanan..fewww berpeluh dahi. Baru belajar buat quotation, invoice semua. Sebelum ni nannnn hadoooo. Masih belajar dan terus belajar. Sentiasa cuba beri yang terbaik.
  • Masih menjual ayam masak serai dan kicap berempah. Ini ayen masak sendiri. Tak dinafikan memang banyak permintaan. Kalau open order memang ade tempahan. Tapi memerlukan tenaga dan masa untuk prep ayam rempah semua. Biasa la berniaga makanan tenaga memang pakai lebih. Since buat masa ini ayen jaga dua orang anak syurga ayen, tempahan masih ayen terima cuma tak promosi kaw kaw. Takut hasilnya tak menepati quality ayen. Marah pula customer. Lagipun ayen nak focus dan spend lebih masa dengan anak2 ayen. Tapi kalau mahu order roger saja ayen 3 hari awal dari tarikh delivery. Ada Ready to Eat Pack dan Frozen Pack. Ramai yang order waktu berpuasa dan raya. Senang kerja uols semua terutamanya para ibu yang bekerja. Lauk raya siappp!!!
13728956_113883452381610_844239448199219325_n

Hasil tangan ayen. Alhamdullilah

  • Masih menjual nutella gemuk sekilo. Ini product baru dalam list ayen. Kali ni masuk bulan kedua ambil stok. Memang laku keras. Tapi challenge nya waktu menunggu stok tiba tu agak mencabar sikit. Kadang stok delay atas sebab technical jadi kena selalu update status kepada customer. So far ok lagi tiada big issues.

15326507_1375742415793854_4343748217809721301_n

Banyakkan products yang ayen jual. Dan setiap product ada cerita dan pengalamannya tersendiri. Pengalaman tu yang tak boleh beli di mana-mana. So far takde la pengalaman ngeri, alhamdullilah baik belaka.

Jadi kenapa ayen susah payah berniaga? Walau waktu tu sudah ada kerja tetap. Ini antara sebabnya:

1) Income Tambahan– jika boleh generate income lebih apa salahnya. Duit lebih boleh buat belanja mak. Boleh bayar duit bil. Boleh buat belanja pergi vacation. Kalau tak tau nak buat apa boleh simpan aje dalam bank.

2) Financial Freedom– bila dah ada business yang maju dan mantap insyallah segala hutang dapat dilangsai. Nak beli apapon tiada masalah. Nak bercuti ke mana pon tiada masalah. Nak belikan anak apa2 tak perlu tengok price tag. Nak beli properties untuk diwariskan kepada anak2 main tunjuk2 saja. Tiada kekangan.

3) Time Freedom – bila berniaga kita yang urus masa kita sendiri. Masuk kerja lewat tiada siapa yg marah. Kalau nak bekerja dari rumah pon takda hal. Yang penting segala urusan beres. Malah kalau kita nak masa lebih dengan anak2 pon boleh. Kerja di samping anak2 kan best tu.

4) Bila diri sendiri kaya kita mampu bantu keluarga dan orang lain -bila duit banyak macam2 yang boleh kita beri kepada mereka yang memerlukan.

Namun trend masa kini lebih kepada perniagaan online. Dan sangat rugi rasanya jika anda seorang peniaga tapi tak explore kehebatan perniagaan online ini. Kita berniaga perlu ikut trend jika tidak kita akan jauh ketinggalan. Kini ayen juga memilih untuk berniaga secara online kerana:

1) Tak perlukan kos yang besar – bagi mereka yang baru menceburkan diri dan masih hijau dalam bidang perniagaan dinasihatkan kos permulaan berniagaan sebanyak 1-2 ribu sahaja. Ini kerana jika kita gagal kita mampu mulakan semula legasi perniagaan kita. Jadi perniagaan online adalah pilihan paling sesuai.

2) Tak perlukan tapak perniagaan – jika mulakan perniagaan online kita tak perlu fikirkan kos tapak atau lokasi strategik untuk memulakan perniagaan kita.Kadang keluarkan kos tapak sahaja dah makan ribuan ringgit. Nak beli tapak lagilah mahal. Belum lagi kalau tapak tu di kawasan strategik. Mahu naik double rate untuk menyewa. Belum start berniaga dah terpaksa kira hutang. Tapi tidak dengan berniaga secara online. Apa yang anda perlukan hanyalah line internet, tab/smartphone dan laptop. Dengan 3 aset utama ini anda dah boleh mulakan perniagaan anda. Kalau nak buat installament laptop pon tak la semahal kos tapak yer tak.

3) Risiko rendah – jika berniaga di tepi jalan risiko nak kena samun tu agak tinggi juga. Dengan berniaga online kita tak perlu keluar rumah. Semuanya beres di atas talian. Kuasa berniaga di hujung jari anda. Promot tak perlu keluar rumah. Naahhhh masuk dalam blog, instagram, FB saja.

4) Mampu engage ramai manusia dalam satu-satu masa – promosikan saja product kita dalam semua media social, fb, blog, fb page, twetter. Bukan hanya orang malaysia saja yang dapat lihat malah seluruh dunia tau. Dapat engage rakyat malaysia saje cukup. Dah berjuta orang dah kan.

Jika anda tanya apa perniagaan online yang jadi pilihan ayen mestilah ayen akan cakap shaklee. Sebab jaminan product yang memang berkesan dan sangat stabil. Sudah dipasarkan sejak 60 tahun yang lalu. Product yang halal punya sijil dari ISA, agensi yang diiktiraf jakim. Di jamin selamat dalam jangka masa panjang dan diperkukuhkan dengan landmark study yang julung kali dilaksanakan oleh Shaklee yang tidak ada pada product lain.

Yang best tak perlu ada lambakan product di rumah. Nak order boleh terus ke website shaklee2u dan barang terus sampai ke depan pintu. Malah shaklee juga mampu uruskan pengeposan order dari customer anda. Jadi kalau sukar keluar rumah untuk pos barang, tak perlu susah hati biar shaklee uruskan. Terima kasih mama Khairani Bahaudin sebab memperkenalkan ayen business hebat ini.

Apa tugas kami para SID? Kami hanya kongsikan pengalaman hebat kami dengan menggunakan product shaklee dan mempromosi kehebatan setiap produk shaklee. Mudah saja. Main2 fb, cerita2 di blog juga mampu jana income. Mahu ke mahu? Kalau mahu roger ayen cepat2 yer 🙂.

#tsunamishaklee
#tsunamishakleeayen
#shakleeeffect
#amazingshaklee

Fadzrin Zainal
0172071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s