Kelas Blog Cikgu Joe ~ Siri 1

Hari ni Ayen excited sangat dapat menghadirkan diri Kelas Blog anjuran SuperMom. Sampai malam tadi pon tak lena tidur excited punya pasal…hihi. Ini kali kedua Ayen dapat hadirkan diri sama-sama belajar bersama sahabat Shaklee yang lain menuntut ilmu secara eksklusif dengan Cikgu Joe; sifu blog hebat yang memang terkenal di kalangan warga supermom dan susur galurnya. Tengok saja blog Diet Diet Sihat hasil air tangan Cikgu Joe. Berapa ratus ribu “viewer” yang bertandang ke blognya dan of course hasil dari blognya memang lumayan. Penulisan mantap, fakta tak boleh disangkal belum tengok lagi grafik hebat yang membuat kita tergedik-gedik nak tekan untuk membaca. Inilah ilmu yang Ayen cari-cari untuk memantapkan skill berblog Ayen. Bila dah dapat peluang keemasan macam ni baik kita grab! Kalau nak attend kelas diluar sana mahal kosnya.

Sambil-sambil tunggu geng lain, kita berselfie dulu dengan Cikgu Joe

Sambil-sambil tunggu geng lain, kita berselfie dulu dengan Cikgu Joe

Zaman serba mencabar yang mana semua barang mahal. Sana sini barang naik harga, minyak naik, minyak masak naik, segala-galanya naik; maka semua orang mencari peluang untuk menjana income lagi-lagi dengan cara berbloging. Lagi-lagi berbusiness Shaklee, medium blog adalah WAJIB bagi kami para SID.

Tapi perlu cara yang betulΒ kalau tidak tiada siapa nak berkunjung ke “kedai” kita. Macam kedai biasa, setiap kedai ada ciri tersendiri yang buat orang nak berkunjung usha-usha ape barang baik yang diofffer. Macam kita sendiri bila “menjejakkan” kaki ke sesebuah “kedai” apa first impression kita? Apa perasaan kita? Terujakah atau memboringkan? Eh “kedai” ni die offer kita banyak promosi la! Eh “kedai” sana tu pula barang yang diorang offer semua tersusun senang nak cari. Yang ni tak best la! “kedai” die kosong, barang susah nak jumpa cara nak contact dengan owner pon susah.Β 

Kelas blog ini konsep dia mudah saja, Kami tanya Cikgu Joe jawab. Tapi sebenarnye all the way is an open discussion.  Jadi ini antara persoalan yang kami utarakan sepanjang kelas Cikgu Joe hari tu.😊

S1: Bagaimana nak buat ayat best dan content yang menarik?
J1 : Ini perlukan skill. Skill ini datang dari banyak praktis dan latihan. So kene push diri menulis at least satu post satu hari. Dari situ kita improve cara penulisan kita. Ikut nasihat cikgu Joe, menulis dari hati. Seolah kita sedang bercerita dengan orang ataupun BFF. Kongsikan pengalaman sendiri lagi mudah dan gaya penulisan akan lebih natural. Namun gaya lenggok tulisan adalah style individu itu sendiri sbb itu yang melambangkan personaliti kita, Ini yang membuatkan kita unik dan berbeza dengan orang lain. Jadi point penting – jadilah diri sendiri bila menulis.

S2: Yang mana lebih org suka baca, post yang informative (siap fakta/medical term jika tulis mengenai topik kesihatan) atau post yang lebih santai?
J2: Kebanyakan pembaca blog di luar sana suka yang perkongsian yang santai dan menyentuh emosi. Lebih-lebih lagi jika perkongsian yang kita tulis ada kena mengena dengan kehidupan dan pengalaman mereka. Jadi macam dekat sangan dihati.

Satu perkongsian yang mantap dan bagus adalah gabungan dua elemen ini. Perkongsian yang santai, mudah difahami dan diterima oleh semua lapisan pembaca dan penuh informasi.Jadi kita perlu pandai “blend” antara info/fakta dan pada masa sama ada elemen santai. Kalau baca pon layan saja. Ini kerana kita mahu menarik ramai pembaca yang BERKUALITI singgah dan follow terus blog kita. Selalunya pembaca yg berkualiti inilah prospek paling baik buat kita.

Lagi satu tujuan utama kita kan nak share infomation/berkongsi ilmu jadi information itu harusla memberi manfaat kepada orang lain. Bagi Ayen personally nak perkongisian yang santai itu mudah. Kita boleh kongsi resepi (ini paling mudah la kan) tapi nak “blend”kan dgn fakta lagi-lagi fakta tu berat macam research, journal dan untuk menarik minat para pembaca melekat kat blog kita a big challenge sebenarnya. Ini yang memerlukan tunjuk ajar blogger hebat macam Cikgu Joe and wife dan praktis yang banyak dan berulang-ulang. “Practice make perfect”.

S3: Macam mana nak terror gila buat post yang santai dan berinformatif?
J3 : Ok Cikgu Joe kongsi 3 cara:

  • Selalu menulis ~ Again, Practice! Practice! Practice! Sampai keluar muntah hijau hihi. Sebab menulis inikan satu medium komunikasi jadi kena banyak latihan. Kalau cikgu english dulu kata kalau nak fluent gila speaking kena selalu cakap, selalu praktikkan. Jadi sama juga bila berblogging. Tulis-post, Tulis-post. Dari situ ia akan build your confident level untuk terus selesa menulis dari hati.
  • Rajin Membaca ~ Baca banyak journal, research, apa saja bahan bacaan yang memberi input baik. Nak tau hari-hari Cikgu Joe bangun pukul 4 pagi untuk sessi bacaan aje tau. Mase pagi hening-hening dok orang lain sedap tido masa ini la waktu terbaik cari information dan buat bacaan ilmiah. Jom kita follow Cikgu Joe. Anak sedang tidur Mama cari ilmu barula orang kata ini lah calon SID Pro!
  • Publishkan Aje! ~ Ini penyakit dalaman biasanya. Bila dah panjang-panjang mengarang tak tekan publish sebab takut orang luar fikir ape la minah ni tulis. Bila fikir orang luar dan tunggu penulisan perfect baru publish, nampaknya sampai bila-bila orang tak kan nampak post tu. Dan sampai bila-bila kita tak belajar. We learn from our mistake. Kalau orang tak nampak post kita dan orang tak boleh kasi feedback macam mana nak improve. So bila dah menulis..tekan publish button tu. Jangan risau ada orang yang membaca. Lawan “setan” kecik dalam diri tu.

S4: Macam mana nak buat viral post?
J3 : Ini trending masakini la kan. Segalanya nak diviralkan. Tapi ade pro-cons nya Firstly perlu tahu apa tujuan post untuk diviralkan. Adakah untuk menarik minat prospek? atau hanya suka-suka nak popularkan blog? Perlu hati-hati kadang-kadang post jadi viral tapi tak turn into sales. Kita berbusiness faktor sales tu penting diambil kira.

Bila dah tahu tujuan, pilih topik yang kita plan nak diviralkanadalah isu yang dekat dengan pembaca. Isu yang paling common. Contoh post viral yang Cikgu Joe kongsikan dari blog diorang adalah “Tidur Lewat Hati Rosak”. Post ni mencecah ribuan viewer hokeyy. Tidur lewat kan isu common. Siapa tak pernah tidur lewat? Rata-rata semua orang pernah tidur lewat. Tapi tahukah kesan dari tidur lewat itu. Jeng jeng jeng. So isu macam ni lah contoh isu yang dekat dengan pembaca.

Untuk menghasilkan post viral bukan boleh main taram aje. Perlu banyak buat rujukan. Fakta kena betul. Sebab kita nak buat post viral yang betul bukan bebel kosong. Menurut CIkgu Joe, perlu study at least 5 journal/research yg berlainan tentang isu berkenaan. Journal tau bukan blog si peah ke..blog si polan ke. Dan kalau kita masukkan fakta mesti include reference details.Β Bahan rujukan tu kita peroleh dari journal mana. Barulah orang yakin yang tulisan kita bertahap SID Pro. Bukan sedap taip.

OK, bila dah post artikel viral tu perlu rajin share post tu berkali2 kat fb page, fb personal atau nak lagi best share kat fb group yang ahlinya ribu riban. Perlu rajin tau berkali-kali sebab post yang lalu lalang kat newfeed tu bukan ada auto tayangan ulangan. Tuan punya post kena rajin buat tayangan ulangan.

Insyallah bila dah buat langkah-langkah di atas ni post anda insyallah boleh viral. Jom kita buat eksperimen.

S5 : Macam mana nak buat tajuk/keyword yang menyengat?
J5 : Menurut Cikgu Joe dia ada formula untuk dapat tajuk menyengat. Ini formulanya:

ISU/MASALAH + DILEMA = TAJUK MENYENGAT.

Contoh :

  • [Senggugut Teruk (ISU/MASALAH)] tanda [kanser rahim (DILEMA)]
  • [Tidur Lewat (ISU MASALAH) punca [Hati Rosak(DILEMA)]

S6: Macam mana nak dapatkan keyword-keyword ni?
J6: Keyword tak turu dari langit yer uols. Kita perlu fikir sendiri. Setiap 1haribulan (setiap bulan yer) WAJIB senaraikan 30 tajuk/keyword yang kita nak plan untuk menulis untuk bulan itu. Jadi end up akan ada 1 post untuk 1 hari. Penting untuk kita sentiasa update blog kita. Jadi Google engine akan dapat mengesan yang blog kita ni aktif dan akan menaikkan ranking blog kita. Siapa tak nak kalau prospek search information dan blog kita tersenarai paling atas dalam carian.Β 

S7: Macam mana nak buat task tsunami shaklee yang best?
J7 : Semua sedia maklumkan yang Ireach group dah launch tsunami shakle version 2.0 dah. Ayen tak join tapi since dapat nasihat dari Cikgu Joe betapa berfaedahnya join task ni so ayen pon join je. Tak perlu ada group khas. Sebab kita akan nampak sendiri #tsunamishaklee lalu lalang kat newsfeed. Tak pon kalau nak join secara serius boleh je bgtau upline korang ape task untuk minggu tu sebab setiap hari lain tajuknya. Kalau mahu segala halangan kuredah jua kan.

OK apa rahsia nak menghasilkan task tsunami shaklee yang best dan at least menarik minak orang luar yang bukan SID ni baca. Task ni sebenarnye melatih kita menulis dalam kaedah soft selling dan penceritaan. Jadi elok juga melatih kita menulis blog kan.

Ini jawapan Cikgu Joe, bila menulis perlu ada content yang boleh “engage” minat pembaca. Janganlah 2 baris ayat je. Nama pon penceritaan so kena bercerita dan “elaborate” setiap isi yang kita cuba sampaikan. Nak lagi best masukkan sekali gambar memikat kalbu. Kalau cerita pasal bercuti haa kasi gambar kita yang paling cantik sampai orang tengok meleleh air mata.

S8: Kenapa kita perlu study setiap barang yang shaklee bekalkan dalam Starter Kit? Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  Β  J8:Starter Kit yang kita dapat awal-awal kita join Shaklee merupakan medium pertama atau information pertama ynag kita perlu study dan dalami sebelum kita tanya lebih lanjut extra information kepada upline kita. Macam kita pergi sekolah ada dibekalkan buku teks. Dari syllabus buku teks inilah knowledge kita akan berkembang. Malah inilah medium basic marketing yang kita perlu belajar. Andai kata perluΒ berhadapan dengan customer kita dah cukup ilmu di dada nak share face-to-face. Mana tau kalau jumpa prospek dalam LRT kita ada konfiden nak berpromo pasal shaklee. Nak jadi SID Pro, offline dan online pon kenalah pro.

S9: Macam mana nak jana income dari blog?
Banyak blogger yang dah popular akan tawarkan khidmat blog review. Kadang nak guna service mereka boleh makan ribu riban. Jadi kalau profile anda dah mantop hebat boleh tawarkan service blog review ni. Kadang dapat rezeki terpijak juga kalau rajin berblog, macam Cikgu Joe pernah dilamar syarikat printer la, sanquick la, restoran la dengan hanya buat product review dan post ke blog mereka. Untung badan sape nak kasi printer free, supplied sanquick free untuk setahun, makan sedap2 di restoran. Gituu. So rajin-rajin la berblog mana tahu nasib badan.

Ok kira kita selesai sudah kita cover semua point untuk Siri 1. Siri 2 lebih kepada hands on blog masing-masing. Jadi nantikan entry Kelas Blog Cikgu Joe Siri 2 ok πŸ™‚

Fadzrin Zainal
0172071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
Tokey.Vitamin.KLCC

Advertisements

2 thoughts on “Kelas Blog Cikgu Joe ~ Siri 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s