Smartphone Pujaan Hatiku

Sekarang Handphone/Smartphone dah jadi satu keperluan. Kalau dulu (around 1999) pakai handphone cap nokia pon dah kira gah gila. Ayen pakai handphone start diploma di UiTM Shah Alam. Itu pon hadiah dari mama sebab katanya lepas ni tak perlulah nak line up kat public phone bila nak borak-borak tanya khabar. Pakai pon jenama nokia, model awal dari 3210 ada antena secotet atas die nama model pon dah tak ingat..hahaha. Kira dalam golongan hebatlah pakai handphone waktu tu. Ayen ni baik hati orgnye..hahaha siap bgtau gak kat member selevel sape mak ayah ade emergency boleh call anak diorang guna handphone ayen. Sudahnya handphone serupa public phone jadinya. Hihi..takpela kan kita memudahkan urusan orang, allah mudahkan urusan kita.

Handphone/Smartphone yang pernah dan masih berjasa kepadaku

Handphone/Smartphone yang pernah dan masih berjasa kepadaku

Lame gak Ayen pakai handphone nokia ni. Sampai kaput. Sampai tak bleh on. Baru tukar phone lain. Handphone kedua baru pakai nokia 3210. Uihhh masa ni rase hebat sangat dah. Takde antena uolss. Coverage lagi mantop dari handphone sebelum ni. Maklumlah UiTM Shah Alam tu berbukit-bukit. Kadang bar coverage tu naik 3 bar pon dah seronok sangat. Waktu tu pakai cukup boleh massage dengan call. Nak up lagi boleh main coding buat lagu raya..hahah tak pon main game..hihi..nan hadoooooo nak ade camera semua. Jadi setiala pakai nokia 3210 sampai habis nyawanya.

Lepas nokia 3210, ayen rase nak berubah angin pula. Cubala pakai samsung. Masa ni masih belum smartphone version. Model kecik sebab 3210 kan macam gedabak berat, masuk kocek memang bleh londeh jeans. Hahaha. Sebab kecik sangat kalau hantar message memang lambat la sikit. Sebab jari tak berapa nak runcing so mase ni memang suke call je la lagi pantas. Huhu. Kalau kasi rate servis. Biasa2 saja.

Settle merasa samsung bertukar pula ke sony ericson. Model kali ni beli yang bleh flip lipat2. Konon bergaya. Yang ni lebih kepada nak dengar lagu. So beli yang walkman version. Yang model ni macam separa smartphone hahaha. Sebab screen ade la kaler2, boleh ambil gambar. Since spek dia lebih kepada sound jadi spek lain agak kureng. Kalau nak login FB memang gaban lembab. Login dah lembab cuba bayang kalau nak load gambar. Boleh menitik air mata ni menunggu. End up kalau nak tgk fb waktu tu guna laptop aje la. Lagi pon masa tu Ayen tak berapa aktif berFB. maklumla masih naif..hahaha.

Sampailah handphone ericson tu hilang gambar kat screen baru tukar lagi handphone. Kali ni sebab spek nak camera power dan sound sedap. Ambil gambar nak cantik. So tangkap satu sony experia kat klcc. Yang ni dah smartphone. Boleh amik gambar, selfie wefie, login fb. Lagi satu xperia ni sound system die mmg best la. So dok layan lagu metallica, rock kapak, semua download masuk handpone ni. Start masuk shift kerja (masa ni masih kerja europe shift) telinga layan lagu. Tangan menari di keyboard buat request (ini term kerja masa tu)..hihi sape geng igt lagi tak?? Berkarok ditempat kerja sampai tak sedar abg maintenance aircond datang…maaluuuu adekkk..

Sampai satu masa handphone buat gila. So macam nampak abnormality aje..jadi sebelum lagi teruk sakitnye ayen pergi tread in tangkap pula samsung quattro. Start guna handphone ni lah ayen guna handphone untuk berbusiness. Alhamdulilah masih pakai tapi sejak screen die buat hal (maybe banyak sangat touch) Ayen wariskan kepada suami. Haha..boleh la die pakai buat back up phone bila pergi out station.

Sekarang handphone yang ayen guna biasa2 saja. Bukan samsung, bukan iphone. Kena la dengan budget serta spek yang ayen nak. Sekarang guna Oppo F1s je. Alahh yang ade iklan Nora Danish berselfie tu. Alhamdulilah. Boleh edit gambar buat poster, boleh amik gambar anak2 buat kenangan, amik gambar product untuk promosi, login fb, ig, edit blog serba sedikit, bergroup whatsapp, bergoogle cari info. Tiada masalah.

Rata-rata setiap phone yang ayen guna 3-4 tahun. Kalau tukar tu sebab ada hal la tu. Sebab ayen ni jenis setia orangnye eewahhh.

Kalau ditanya apa spek smartphone idaman ayen, ini jawapannya:

1) camera auto detact lighting lepas ambil gambar confirm sharp, flawless menarik (ada ke sekarang..hihi)- ini kalau tangkap gambar takyah susah hati nak edit. Confirm lawa.

2) storage takde limit – ini best sebab boleh save gambar poster banyak, ambil gambar banyak, bleh save journal, hatta buku skali, Instal apps, video, lagu, cerita hindustan, full eposide cerita korea, Suri Hati Mr.pilot..ape saja la yang nak di save.

3) data plan tak kan susut walau pakai sampai lebam – boleh ke? Kata angan2 kan..hihi..kalau ada best ni. Nak layan Youtube pagi petang siang malam pon takde hal. Kalau pergi umah mak sedara tak perlu mintak password wifi dah. Kang mak sedara kasi password “kodatangnakjumpamakcikkenakwifimakcikaje” baru sentap. hihi..

4) laju – yang dimaksudkan laju ni kalau search info kat google zupppp kuar jawapan. Bukan gedeegeekk, lip lap lip lap baru kuar. Kalau download lagu metallica bukan kena tunggu setengah jam baru settle.

5) hebat macam orang – since ayen banyak guna phone untuk berbusiness shaklee, jika ada orang tanye soalan atau details product, dengan automatiknya phone akan cari jawapan paling tepat dan keluar template jawapan. Sonang aiih kerja camni. Ade ke? ini memang mimpi indah aje la..hihi

6) screen protection tahap dewa – yang ni kalau anak main campak2 atau tercampak takde hal la. Tak pon nak jadikan sebagai senjata peribadi pon hokey.

7) handphone charge sekejap (5 minit aje) tapi mampu tahan seminggu dua walau pakai sampai lebam – ini kalau ada best sebab kalau short vacay memana tak yah bawak charger.

8) smartphone yang ada ketujuh-tujuh spek kat atas dan mampu milik. Hahaha…kalau ada tapi harga juta2 adek mampu tengok aje la jawapnya :-p

Semua spek idaman ni bukan ape, nak memudahkan dan memantopkan ayen berbusiness. Sekarang guna smartphone cap ape pon boleh jana income. Yang penting usaha. Tiada benda yang datang bergolek. Bak kata pepatah bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Apa kata siapa saja adek, abg, akak semua yang nak jana income meh pakat whatsapp ayen. Rugi kalau tak gunakan technology masakini untuk memajukan diri sendiri dan keluarga. Banyak faedahnya kalau digunakan dengan cara yg betul. Tapi jangan pula terlalu taksub dengan kecanggihan bersmartphone. Takut nanti digelar anti sosial. Sebab dah masing2 tunduk pandang screen smartphone aje nanti. Jadilah Smart people with smartphone. Kita kawal die bukan dia yang kawal kita.

#tsunamishaklee
#tsunamishakleeayen
#shakleeeffect
#liveamazingshaklee

Fadzrin Zainal
0172071981
Tokey.Vitamin.KLCC
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s