SOHO Idaman Hati. Hub Buat Businessku

Ayen memang mengimpikan closet SOHO yang comel lotte cam ni aje. Mudah, compact dan kemas. Sebab barang kerja seperti segala fail, invoice, resit, laptop, printer dan gadjet elok tersimpan disebalik pintu closet. Mana la tau syok-syok buat kerja, tengah belek2 file, invoice merata, resit tak sempat simpan masa tu pulak ada tetamu datang ketuk pintu. Jadi tak perlu risau nak kemas. Tutup pintu closet segalanya nampak normal. Fail, resit dan invoice yang tak sempat simpan tu tak perlu risau hilang atau ade tangan si kecil nak mencapai. Sebab pintu dah tutup…hihi…strategi rumah nampak kemas cara gaban.

15380667_1369249626443133_685558858375702749_n

Closet SOHO idaman hatiku

Buat masa ni since ayen ada buat biz shaklee dan supplier barang secara kecil-kecilan, segala resit ayen simpan dalam folder pink macam tu. Tapi uolss tau la..resit ni kalau kita simpan lama2 ink resit mangkin lama mangkin kabur last2 nanti tinggal resit kosong putih bersih je..hihi. So ayen memang akan record segala penjualan dalam excel sheet. Nak refer senang. Nak kira sale untung rugi pon senang.

15253368_1369249413109821_8231092347929669335_n

Resit kena simpan elok-elok dalam folder macam ni senang nak cari kalau perlu.

Qoutation dan invoice pon ada reference number sebab nak refer kalau ada problem mudah. Customer details semua ade record dalam laptop dan dalam address book. Kenapa dalam address book? Customer ni lubuk bagi kita yang buat business kan. Mana tau one day lappy kong tak sempat back up..naahhh address book inilah yang menjadi penyelamat dunia. Kadang cara old school macam ni berguna bila saat terdesak macam ni. Sebab suatu waktu dahulu ayen berpengalaman lappy kong, handphone kaput. Masa tu hilang segala contact. Memang payahnya nak korek balik all information. Pengalaman yang sangat menjerihkan. I’ve learned my lesson in a hard way..hahaha

Alhamdullilah for now soho ayen kat bilik tu cukup meja ngn kerusi untuk ayen bekerja. Sistem organize resit tu sudah ada tapi ayen sentiasa akan cuba upgrade supaya dapat memudahkan kerja seharian ayen. We always have a room to make improvement…kannn.

Tiada cara betul atau salah. Sebab sistem kerja seseorang berbeza dan unik. Tapi sangat penting simpan segala resit, invoice dan document penting biz kita sebab dari situ kita belajar organize kerja kita. Dari situ juga kita akan tau samada biz kita mangkin “mengembang” ke “menguncup”. Hihi..

Tempahan dan konsultasi boleh hubungi:
Fadzrin Zainal
0172071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
Tokey.Vitamin.KLCC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s