Kisah Hujan, Sampan, Berudu dan Kasut Basah

15267609_1367917649909664_7942257275407271662_n

Masa zaman kanak-kanak dulu bila hujan turun memang syok sangat. Dalam kepala ni dah terbayang aktiviti-aktiviti best. Kalau kat umah bila guruh bunyi saja ayen dengan jiran sebelah dah standby buat sampan guna kertas buku sekolah kotak-kotak tu. Agak kalau nak besar gila sampan pakai je kertas surat khabar. Hahaa. Main la kat longkang tepi rumah. Tangok la sampan sape laju. Kadang ade yg karam tak sempat nak beraksi…hahaha.

Mula2 tangan je basah. Lepas tu naik sikit..lepas tu kepala basah..last2 kuyup la main hujan. Syiokkk gila main hujan. Ye la kalau sekarang nak mandi hujan kat bilik air, shower dah ada. Dulu mandi jirus je. Mana ada shower2 ni. Kira hujan tu shower semulajadi. Perasan eksklusif gila bila dapat mandi hujan.

Kena marah dengan mak?? Of coz la mak sape tak marah kalau anak main hujan hahahah. Tapi masa kecik apa kesah demam ke ape ke tak fikir. Yang ayen tau happy sangat bila hujan tu turun kena kat kepala.

Kalau hujan time sekolah petang (time ni sekolah rendah), aktiviti kat sekolah plak kami tangkap berudu. Tak boleh la main hujan karang kene rotan dengan cikgu. Kira aktiviti selepas hujan la ni. Dekat padang sekolah ayen dulu ade satu pokok besar kat hujung padang sekolah (rasa pokok ni dah takde skarang). Ini port kami lepak selalunya time rehat. Kalau lepas hujan sekeliling pokok ni jadi macam takungan air yang besar. Geng kami kalau nak lepak area situ samada redah je memang basah la kasut atau meniti atas akar pokok tu. Dekat area takungan air tu la byk berudu. Jadi kami anak2 yang berhubung sel otaknya ni mmg kerja tangkap la berudu. Nak tengok apa jadi kat berudu ni bila die membesar. Kasut mmg basah la. Tapi kalau agak sayang nak kasi basah kasut kami main buaya-buaya kat akar pokok tu. Hahaha..siapa yang tak bleh balance diri kat akar pokok tu kira jadila makanan buaya tu…addoiii permainan ni pon ada.

Jangan cakap kami orang dok keyell tak main tangkap berudu. Tak main sampan. Tak main hujan. Tak main buaya-buaya. Sebab zaman kanak2 yang best akan melalui memori2 macam ni la. Kalau dulu kena hujan wajib balik mandi kepala untuk elak demam. Memang tahan badan kena hujan. No problemo.

Sekarang kene tempias hujan saja pon boleh pening kepala walau dah mandi. Nampak sangat udara sekarang tidak sihat. Yang turun tu hujan asid orang cakap sebab banyak sangat pencemaran toksik, asap dan macam2 lagi yang turun dengan hujan tu. Nak kasi anak ayen mandi hujan?? A big NO NOOOOO.

Sekarang kalau ayen kena hujan mmg terus makan Vit c overdose, serbuk labu sesachet dan jus anggur muskad untuk elak demam. Terus boost kan imun badan sendiri. Tak suka demam sebab takut jangkit ke anak2. Bila anak2 pula demam mama confirm jadi zombie. Tak nak jadi zombie!!!

Tempahan dan konsultasi boleh hubungi:
Fadzrin Zainal
0172071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
Tokey.Vitamin.KLCC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s