Engkau Yang “Melepas”…Aku Yang Panas

Hari ni topik santai sikit. Korang pernah tak mengalami situasi apabila nak keluarkan kereta elok je ade selonggok t*h* kucing dekat porch atau sekitar laman rumah. Nak cari kucing yang melepas tak tahu yang mana satu. Kena pula tengah hari panas liitt liitt dan “hasil ” yang ditinggalkan pula “fresh” mak hhaai bau menusuk kalbu. Berwap-wap naik ke hidung. Nak marah pon ada. Nak nangis pon ada. Kadang kita tak bela pon seekor kucing tahu-tahu banyak je “baja asli” berlonggok depan rumah. Eh macam port melepas beramai-ramai pula.

Janganlah marah kita..kita comel tau..hihi

Janganlah marah kita..kita comel tau..hihi

Dengan perasaan paksa rela ambillah pancur air, baldi, berus dan jangan lupa Basic H untuk membersihkan kawasan yang terkena”baja asli” tersebut. Basic H Shaklee memang elok digunakan untuk bersihkan lantai lagi-lagi yang terkene “baja asli” tu. Lantai jadi mengelip dan bahan dalam Basic H juga selamat. Walau digunakan hari-hari tak ada kesan penglupasan kat tangan tau. Syiokkkk..hihi sempat adek payung iklan..ngeee

Basic H

Basic H

Ok habis iklan. Kalau sebulan sekali tak ada la sakit hati snagat. Kalau hari-hari macam mana? Sabar-sabar pon ada hadnya betul tak…huhu..Tak kan nak mengendap nak tahu kucing yang mana. Macam tak ada kerja lain yang lebih berfaedah pula. “Ehh apa ada hal..pasal t*h* kucing pon nak diperbesarkan ke? Cuci hilanglah”. Ehhh! pandai cakap..agak kene batang hidung sendiri macam mana la pula gayanya yer.

Haa…biasa kan situasi ni. Nak pula kalau dah tahu kucing tu jiran yang punya. Nak ditegur serba salah. Kang kata tak ada tolak ansur. Uolss jangan panik. Silaturrahim yang terjalin dengan jiran tetangga jangan dicemarkan dengan isu “kecil” ini. Jadi hari ini ayen nak share satu tips mudah nak elakΒ kucing dari melepas di halaman rumah kita.

Caranya mudah saja!Β Sediakan botol mineral 1.5 liter berisi air yang dibancuh dengan pewarna merah atau sirap. Lepas tu letak kan di port kucing suka melepas tu. Boleh lihat gambar yang ayen lampirkan ni. Insyallah kucing tak akan datang lagi melepas di port tersebut. Kedudukan botol perlu dia alih-alihkan jadi kucing tak la terbiasa. Takut dia buat port baru pula. Kucing sekarang banyak yang “educated” tau..hihi.

letak kan botol berisi air sirap/pewarna merah di port kucing selalu melepas

letak kan botol berisi air sirap/pewarna merah di port kucing selalu melepas

Awal-awal tu ayen pon tak percaya, apa siknifikasi air sirap botol dengan kucing tu. Kucing takut dengan air sirapkah? Ke kucing takut dengan botol mineral tu?

Ada yang cakap sebabkan warna merah tu buatkan kucing silau. Jadi gangguan penglihatan untuk kucing tu. Itu yang dia tak nak datang dekat kawasan yang kita letakkan botol berisi air sirap tu.

Malah ade yang bagitau air tu umpama cermin buat si kucing. Jadi bila kucing tu datang dekat dia akan nampak lagi seekor kelibat kucing padahal bayang kucing tu sendiri. Jadi bila nampak ada kucing lain hajatnya nak melepas tu dibatalkan. Malu mungkin..hihii..Sebab kenapa tu Ayen tak dapat nak rungkaikan waalahuallam.

Ada antara kawan-kawan ayen yang dah mencuba petua ini. Dari respon mereka rata-rata suka sebab memang kucing dah tak bertandang ke rumah mereka untuk melepaskan hajat. Baguskan! Kos murah dan yang bestnya tiada lagi masalah hati dan bau yang kurang enak…hahaha…Tak percaya? boleh baca komen di status FB ayen ini.

Moga perkongsian bermanfaat! Selamat Mencuba!

Fadzrin Zainal (017-2071981)
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s