Supplement Shaklee Tak Ada Halal JAKIM? Biar Betul!

Isu status halal Supplement Shaklee ini bukanlah isu baru. Isu ini sudah dibangkitkan sejak Ayen mula-mula join Shaklee dulu pada tahun 2013. Isu ini berbangkit macam bermusim. Macam negara kita ada musim durian, musim rambutan, musim hujan, musim jerebu..opsss terlebih sudah. Dia datang dan pergi berlalu macam angin.

halalkah-shaklee

Sekarang DIA DATANG LAGI..hihi..hangat sekejap group chat kami berdiskusi malam tadi membincangkan isu ini. Pada SID yang baru (macam Ayen ni) lagilah cemas. Berpeluh dahi nak menjawap soalan cepucemas dari customer. Bila belek dekat botol tu tak ada pula jumpa cop HALAL JAKIM yang orang-orang kita dok refer tu kan.Β Tapi pada SID PRO yang dah otai macam Mama Upline Khairani dan sahabat seperjuangan shaklee Sis Irda aka warda (hihi sebab comel die pakai tudung warda)…Wat lek wat pis je (buat releks buat peace). Dengan tenang diorang terangkan satu persatu.

Ok buat anda di luar sana yang berdebar-debar nak tahu jangan panik! Tenang-tenangkan diri dan baca setaip FAQs di bawah ini bagi merungkaikan teka taki status HALAL produk-produk supplement Shaklee selama ini.

1-Apa bahan yg digunakan utk soft gel seperti lecithin, OmegaGuard, GLA Complex dan Vita-E?
Shaklee menggunakan bovine yang disembelih (purified).

2-Kenapa bukan JAKIM yang keluarkan sijil halal untuk Shaklee?

JAKIM hanya keluarkan sijil halal untuk produk yang dikeluarkan di Malaysia. Semua produk Shaklee dikilangkan di US jadi Islamic Council negara US yg kena keluarkan sijil halal ini. Maka organisasi yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal ini adalah ISA (ISlamic Service of America).

Lagipun salah satu syarat untuk memastikan kehalalan produk itu adalah dengan melawat premis tempat ia dihasilkan. Tak kan org2 JAKIM nak kena pergi US jika ada produk baru dari US hendak di pasarkan di Malaysia? Itu baru satu negara. Cuba bayangkan kita ada beribu-ribu produk dari berbagai negara yang dieksport masuk ke Malaysia. Boleh jadi JAKIM tak cukup pekerja nanti.

Oleh itu untuk international product, tanggungjawab ini diserahkan kepada badan yang menjaga hal ehwal Islam di negara itu. Mereka lebih arif tentang selok belok bahan, organisasi dan suasana negara mereka. Ini la dinamakan “the beautiful of segreagation of duty”. Kita tak perlu sibuk “kacau”rumah orang. Mereka tahu tanggungjawab mereka.

Kita juga perlu ingat, bukan negara kita sahaja yang mengeluarkan sijil halal ini. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang boleh diguna pakai di Malaysia) adalah Islamic Food Research Centre (IFRC) dan Asia and Halal Food Council (HFC).

JIka anda tak percaya lagi, boleh check sendiri di website JAKIMΒ untuk mengetahui agensi-agensi yang antarabangsa yang diiktiraf JAKIM Malaysia. Periksa punya periksa eh eh eh jumpa pula badan ISA dalam senarai JAKIM (No.53) πŸ™‚

ISA juga badan antarabangsa yang diiktifar JAKIM Malaysia

ISA juga badan antarabangsa yang diiktifar JAKIM Malaysia

Jadi apa perlu ragu lagi. Alhamdullilah.

3-Kenapa takde logo halal ISA kat setiap botol supplement shaklee? Cop je la kan senang nak rujuk.

Ini kerana sijil halal yg dikeluarkan ISA dilakukan dalam “in group” jadi lebih molek disenaraikan kat dalam sijil macam tu. Lagipun untuk supplement atau ubat ubatan tiada requirement untuk cop logo halal di setiap botol..jika produk makanan ye la. Cuba anda periksa ubat batuk yang kita dapat dari doktor di klinik ada di cop logo halal? Masa tu adakah kita tanya doktor tu “doktor saya nak sijil halal untuk ubat ini ada tak?”.

Harap dengan 3 soalan FAQ ini dapat merungkai teka taki anda tentang isu status halal produk Shaklee. Kalau sudah jatuh cinta dengan produk-produk shaklee jangan cuba nak menafikannya. Makan saja tanpa was-was. Ayen juga memuji sifat anda semua yang sangat peka dengan isu halal ini. Kan mencari yang halal itu wajib. Mane tak wajib semua yang di makan menjadi darah daging kaann…

Ayen lampirkan kat sini sekali Sijil Halal yang dikeluarkan oleh ISA untuk tahun 2016.

12795211_10208616324516237_7012843268884255962_o

 

Suka pula Ayen quote kata-kata Wardina Safiyya dalam salah satu isu halal tapi bukan mengenai produk Shaklee la.

“Sekiranya masih was-was,tinggalkan untuk diri sendiri, elakkan daripada mengharamkannya kepada orang lain”.

Fadzrin Zainal (017-2071981)
Pengedar Shaklee KLCC, Setiawangsa, Keramat AU dan Wangsa Maju

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s