Bak Titisan Emas Dari Syurga

Subahanallah indah sungguh ciptaan tuhan. Patutlah susu ibu adalah susu yang terbaik. Inilah yang akan kita nampak jika setitis susu ibu diletakkan di bawah mikroskop. Macam emas 999. Tak percaya? Ini gambarnya.

breastmilk

Seperti mommies semua sedia maklum, susu ibu adalah susu terbaik di dunia. Memang kalah mati la susu lain ini kerana ia adalah susu pertama untuk bayi anda. Susu pertama untuk bayi anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu setelah melahirkan. Cuba mommies pam pada waktu awal selepas melahirkan anak, confirm nampak cairan kolostrum ini. Warnanya sedikit kekuningan dan lebih pekat dan kental. Ianya mengandungi banyak immunoglobulin, rantai antimicrobial (lactoferrin dan lactoperoxidase) serta molekul bioaktif lain sangat baik untuk baby.

Biasanya kolostrum sudah ada dihujung kehamilan sehingga hari ke-7 kelahiran bayi. Kolostrum inilah yang menjadikan susu ibu terbaik untuk si manja anda.

Kolostrum mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari- hari pertama selepas lahir. Di samping itu, ia juga mengandungi antibodi untuk melindungi baby daripada jangkitan saperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema.

Ternyata susu ibu amat penting untuk bayi kerana tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat sehebat ini.

Ini adalah saiz keperluan susu mengikut usia baby. Jangan fikir susu tak cukup sebab keperluan akan meningkat mengikut usia. Logikkan perut baby bukan sama saiznya dengan perut kita. POSITIVE!

Ini adalah saiz keperluan susu mengikut usia baby. Jangan fikir susu tak cukup sebab keperluan akan meningkat mengikut usia. Logikkan perut baby bukan sama saiznya dengan perut kita. POSITIVE!

MENGAPA  SUSU IBU  TERBAIK UNTUK BAYI

Penyusuan ibu memberikan kelebihan :

  • kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul.
  • isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
  • Kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman  seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
  • mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
  • mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak dan memberikan khasiat terbaik untuk bayi.
  • mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
  • Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
  • memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya. Cuba tgk si manja mommies semua ketika sedang mennysu. Baby lebih selesa, selamat lagi2 sebab selama 9 bulan 10 hari berada dalam rahim mama. Jadi bila dilahirkan baby masih nak lekat dengan mama.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.

Bukankah ini yang terbaik untuk bayi kita? 🙂

MENGAPA AMALAN PENYUSUAN SUSU IBU MEMBERI KEBAIKAN UNTUK IBU

  • Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung. Pernahkah mommies semua dengar ada yang mengandung elok selepas 3 bulan. Memang betul rezeki Allah kasi tapi berikan sedikit ruang dan cukup masa untuk baby yang baru lahir untuk bermanja dengan mama dan papanya.
  • BONUS! Boleh melangsingkan badan kalau mommies juga aktif bersenaman.
  • la membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan .
  • la mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.
  • Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, sangat menjimatkan kos perbelanjaan kerana ianya percuma.

Bukankah ini menguntungkan mama dan papa di saat kegawatan ekonomi sekarang? Cuba survey harga susu tepung yang mencanak naik jika dibandingkan tahun-tahun yang lepas.

Walaupun begitu Ayen faham ada antara mommies semua yang a bit struggle nak start penyusuan ekslusif ini. Ada yang kata susu tak cukup dan tak keluar lansung selepas bersalin.

Mommies semua boleh masukkan makanan berikut dalam diet harian anda boleh membanyakkan susu. Ini antara petua mak-mak kita yang boleh kita usahakan.

JANTUNG PISANG:

Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan lagi-lagi di cicah dengan sambal belacan. Tapi ingat sambal belaca tu jangan dibuat pedas nanti sakit pula perut. ke toilet je pula nanti. Jantung pisang bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

LOBAK PUTIH

Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari. Atau jika mommies tidak lalu nak minum begitu, cuba buat sup Lobak putih makan dengan nasi panas dan ikan goreng pon layan kan.

PUCUK BETIK

Jika mommies sedikit hardcore dan lalu dengan ulam pucuk betik boleh la cuba. Memang enak dibuat ulam.

LONGAN KERING

Menu ini lebih popular di kalangan kaum cina. Selalukan nampak mereka buat sup yang direneh dengan longan kering. Banyak khasiatnya. Longan yang kering biasa boleh didapati di kedai singseh. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 – 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

DAUN SIREH

Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Tapi jangan dikunyah pula daun sireh tu. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda. Urut perlahan puyudara mommies untuk melancarkan susu dan memeriahkan flownya lagi. Nanti anda akan nampak daun akan layu dek terkena haba badan. Insyallah ok la tu.

BIJI HALBA:

Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Ini kunyah-kunyah nyam nyam nyam meriah susu.

JINTAN HITAM:

Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Tapi suka Ayen ingatkan, jika mommies cuba petua di atas pantau sekali keadaan baby. kadang-kadang makanan yang di ambil tidak sesuai dengan perut baby yang masih fragile. Your baby’s condition is always number 1 dan bukan tekak mommies semua..oopss.

Antara langkah-langkah yang boleh mommies ambil untuk memeriahkan susu adalah:

1. Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya. Ini faktor demand and supply. Banyak demand…supply automatik naik mendadak.

2. Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam. Ikut baby masing-masing. JIka anak-anak ayen tak sempat nak tunggu 2 jam dah menangis minta susu. Mungkin sedap sangat hihi.

3. Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada. Orang lama kata sebelah kiri isinya air. Sebelah kanan adalah nasi. Tiada kajian saintifik tapi kalau mommies perhatikan sebelah kanan memang lebih pekat. Tapi tujuannya adalah untuk set demand kedua-dua belah payudara sama. Takut “alignment” lari pon ade..kikiki.

4. Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda. Ini kena set minda jadi positif. sebab bila kita set minda ia akan berinteraksi dengan tubuh dan insyallah production akan meriah. Jika diri sendiri pon semangat ke laut bagaimana nak harungi cabaran menyusu.

5. Amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari. Siapa yang menyusu setuju tak ayen katakan yang mommies semua cepat haus? Minum air masak banyak-banyak tiada menjadi masalah. Kalau orang lama-lama dikatakan takut luka lambat kering. Kurang sesuai dah amalan ini. Jika air tak banyak masuk mana susu nak meriah? Lagi negara kita ni panas berdeting takut dihidrasi pula kalau catu air.

6. Zikir dan doa tambah susu ibu. Ini mainan jiwa juga. Bila kita berzikir itu adalah makanan “hati”kita. Bila dah tenang kan susu lagi meriah. Tak pon bila mendodoikan anak dari dinyanyikan lullaby lebih baik berzikir. Hati tenang dapat juga top up saham akhirat.

7. Cuba tenangkan diri anda. Ini paling penting. Jangan stress-stress sebab production susu akan terganggu. Cuba bayangkan yang indah-indah bersama baby anda. Atau boleh follow cara ayen, sewaktu buat stok ayen akan tengok gambar baby ayen. Imagine bau dari tubuh baby kita masa kita peluk erat dia. Bau baby sangat menenangkan. Ayen selalu ibaratkan bauan dari syurga ❤

Pengambilan supplement pon sangat membantu yer. Pengambilan supplement menyusu bukan hanya tertumpu hanya untuk memeriahkan susu sahaja tapi kesihatan menyeluruh luar dan dalam mommies semua.

Ayen mula bekenalan dengan product Shaklee dengan mengambil set berpantang dan terus add on vitamin menyusu. Susu alhamdullilah meriah. Anak yang sulong sempat secara eksklusif (tiada campuran susu formula/susu segar) selama setahun. Dan anak kedua ayen masih menyusu (tanpa campuran susu lain) sekarang yang usianya dah cecah setahun sebulan.

APA YANG ADA DALAM SET MENYUSU SHAKLEE?

♥ Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi :
Multivitamin ini sangat diperlukan untuk memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting.

♥ B complex :
B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

♥ Vitamin C :
Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas. Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas yang datang dalam bentuk pencemaran udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok.

♥ Alfalfa :
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.

** Untuk hasil lebih optimum, anda boleh memilih untuk menambah Ostematrix dan/atau ESP (Energizing Soy Protein)

♥ OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag):
Dalam susu ibu, antara kompisisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk penghasilan darah, tulang,dan gigi dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium sangat penting kerana kita kehilangan kalsium setiap hari dan pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan. Ada segelitir ibu yang apabila datang haid susunya akan merundum disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah.

Berikut adalah kelebihan Kalsium Shaklee :
– Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
– Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
– Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah keradang dan kemurungan.

♥ Energizing Soy Protein (ESP):
Kompisisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protien. Protien adalah makanan sel.Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.Ia juga mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien.

Protien sangat sensitif dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Jadi apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri. Pengambilan ESP adalah alternatif terbaik untuk memenuhi keperluan protien dalam badan.BONUS! Kulit cantik, parut-parut hilang, kulit cerah berseri, 🙂

Mahu dapatkan Set menyusu mommy? Meh contact ayen ok ❤

Fadzrin Zainal (Whatsapp: 017-2071981)
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju

Advertisements

One thought on “Bak Titisan Emas Dari Syurga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s