Berpantang Cara Sihat…Tips Buat Ibu Hebat

First of all Ayen ingin mengucapkan tahniah atas kelahiran cahayamata mommies. Semoga mommies dan si manja berada dalam kesihatan yang baik. Ada antara mommies sedang mencari tips berpantang? Berita baik buat anda. Kat sini Ayen kongsikan tips berguna buat anda.

new-born

Sesungguhnya, amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan menyeluruh seorang wanita. Mengapakah amalan berpantang penting? Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. No pain no gain ok. Proses berpantang kalau zaman mak-mak kita dahulu rasa sangat “menyiksakan”.

Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari (manakala tempoh pantang dengan suami perlulah 100 hari..para suami sila take note yer). Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Ayen kongsikan tips berpantang dan makanan yang patut dielakkan ketika berpantang.

Di antara makanan-makanan yang dilarang dan perlu dielakkan semasa dalam pantang adalah seperti berikut:

1. Boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.
2. Makanan sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.
3. Yang bersifat tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.
4. Berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.
5. Beracun atau berbisa (boleh menyebabkan bisa urat) seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.
6. Berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya. Trust me bila anak yang menangis kerana kembung atau alergy dari makanan yang kita makan adalah pengalaman tidak berapa manis nak dikenang.

Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

TIPS BERPANTANG LAIN

Selain daripada makanan terdapat pantang larang lain yang bersangkutan dengan ibu yang baru bersalin. Pantang larang ini adalah untuk kebaikan ibu  sendiri.

1. Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah. Ini kerana dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah darah atau tersungkur. Tumpah darah yang berterusan boleh membawa maut.

2. Jangan mengangkat benda-benda yang berat kerana ia boleh memudaratkan ibu dan boleh menyebabkan rahim jatuh.

3. Jauhkan daripada perkara yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh mengakibatkan darah naik ke kepala dan ini boleh menjejaskan kesihatan. Contohnya jangan la layan “Train to Busan” waktu berpantang. Ayen yang tidak berpantang ini pon sesak nafas tengok cerita tu..hihi

Jika ibu risau tidak mendapatkan nutrien yang cukup daripada pemakanan kerana amalan berpantang ini, ibu-ibu bolehlah mencuba Set berpantang Shaklee. Ianya terdiri daripada rangkaian vitamin yang lengkap untuk penyembuhan dalaman dan luaran ibu.

KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE

1- Ibu akan merasa lebih cergas dan muka berseri-seri sepanjang berpantang.
2- Ibu akan dapati luka pembedahan ataupun luka bersalin anda lebih cepat kering dan sembuh
3-Supplemen ini boleh diambil seawal hari pertama kelahiran dan tidak perlu menunggu sekurang-kurangnya seminggu seperti pengambilan jamu kerana jamu boleh meningkatkan risiko jaundice kepada baby,dan ianya sangat mesra ibu yang menyusukan bayi.
4- B complex membuatkan ibu tenang dan kurang stress dan ini mengelakkan ibu terkena angin meroyan
5- Mendapat tenaga yang cukup untuk anda menyusukan bayi anda
6- Osteomatrix membantu ibu lawas dan tidak sembelit.
7- Sangat menjimatkan, harga berpatutan, serta anda boleh sambung untuk melengkap kan tempoh penyusuan bayi anda secara eksklusif.

APA YANG TERDAPAT DALAM SET BERPANTANG SHAKLEE?

set-berpantang-shaklee

VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.

VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan luka ketika bersalin.

ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.

Supplemen tambahan lain yang boleh diambil ialah OSTEOMATRIX (gabungan Kalsium/Magnesium/Vit D dan lain-lain) , GLA COMPLEX dan Soy Protein Isolate Powder (ESP). Kedua-dua ini boleh membantu menguatkan tubuh badan ibu, menstabilkan hormon yang sangat penting untuk mengelakkan ibu meroyan, memberi tenaga dan melancarkan penyusuan susu ibu.

Malah ada mommies yang menggunakan set berpantang Shaklee mampu menurunkan berat badan sebanyak 20kg! Jangan terkejut jika ada yang menegur potongan masih macam anak dara. Jom tengok video ini:

Ayen juga berkenalan dengan Shaklee dan terus jatuh cinta dengan set ini. Nak tahu kisah berpantang ayen? Jom Baca

Semoga perkongsian tips berpantang ini membantu mommies semua.

Enjoy the “pantang” momment ok..setiap detik memang berharga. ❤

Untuk tempahan set berpantang shaklee boleh hubungi Ayen.

Fadzrin Zainal
Whatsapp: 0172071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
Tokey.Vitamin.KLCC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s