16 Simptom BAHAYA Mommies WAJIB Tahu Semasa Mengandung

Setiap kehamilan adalah unik dan pengalamannya berbeza. Tak percaya cuba tanya ibu atau sesiapa saja. Tapi yang pasti ada satu persamaan iaitu bahagia dengan rahmat pemberian allah yang satu ini. Bila baby dah pandai “kick” atau senggol-sengolan di dalam perut lagi indah perasaannya kan. Tapi tahukah mommies semua tanda bahaya kehamilan? Walaupun banyak yang telah anda baca, atau bincangkan dengan ibu-ibu lain mengenai kehamilan anda, masih sukar untuk anda mengetahui samada apa yang anda alami semasa hamil ini adalah normal ataupun tidak.

shutterstock_190732466

Berikut ialah tanda- tanda bahaya semasa hamil, 16  simptom-simptom yang perlu anda risaukan. Jika anda sedang mengalami salah satu daripada masalah berikut, hubungilah doktor anda dengan segera. Jangan over confident untuk menyelesaikannya sendiri secara alami. Inilah waktunya anda kena PANIK!

TANDA- TANDA BAHAYA KEHAMILAN

1. Saya rasa sakit pada bahagian tengah perut

Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut. Samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud. Anda mungkin mengalami:

  • ketakcernaan yang teruk;
  • jangkitan virus dalam perut;
  • keracunan makanan.

Sekiranya anda kini dalam separuh masa kedua kehamilan, kesakitan ini mungkin menandakan praeklampsia. Iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera. Jangan abaikan tanda bahaya semasa hamil ini.

2. Saya rasa sakit pada bahagian bawah perut

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda:

  • kehamilan ektopik;
  • keguguran;
  • kelahiran pramatang;
  • fibroid menyusut dan berdarah.
  • pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai daripada dinding rahim (uterus) sebelum masanya . (plasenta atau uri ialah organ yang terbentuk dalam uterus semasa hamil. Ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya).

3. Saya demam

Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda.

Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mengalami jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda.

4. Penglihatan saya kabur dan saya nampak tompok-tompok bersinar

Hubungi doktor anda sekiranya, dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:

  • penglihatan berganda, kabur dan malap
  • ternampak tompok-tompok bersinar;
  • ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam.

Simptom-simptom tersebut boleh jadi tanda-tanda praeklampsia.

5. Tapak tangan dan tapak kaki saya bengkak

Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom praeklampsia.

6. Saya mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang

Perhatikan jika anda mengalami sakit kepala selama lebih dari dua atau tiga jam. Disertai dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mengalami praeklampsia.

7. Saya mengalami pendarahan faraj

Pendarahan ringan (spotting) tanpa kesakitan mungkin tanda normal. Ia adalah  proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan, ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding). Namun anda masih perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan.  Ini kerana ia boleh jadi tanda kehamilan anda ada komplikasi yang serius:

  • Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap). Ia disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim).
  • Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
  • Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, pemisahan plasenta atau kelahiran pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke-37).

8. Cecair keluar daripada faraj saya

Keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital. Ini supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, anda mungkin sudah hendak bersalin. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika anda masih belum rasa sakit hendak bersalin dalam masa 24 jam.

9. Tiba-tiba saya rasa sangat dahaga

Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penyahhidratan atau kencing manis kehamilan (diabetes gestasi). Kedua-duanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda.

10. Saya rasa perit semasa membuang air kecil

Sakit atau perit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang. Ini mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing. Jumpalah doktor. Anda akan dirawat dengan antibiotik.

11. Saya tak berhenti muntah

Muntah lebih daripada dua atau tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda, walaupun ia tidak membahayakan bayi. Anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidarum). Ini  kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital.

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk mungkin merupakan tanda praeklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan rasa sakit dan demam, ini mungkin menandakan jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor anda dengan segera.

12. Saya rasa pening dan hendak pitam

Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu.  Ia juga mungkin bermakna anda mengalami tekanan darah rendah. Ramai wanita rasa pening-pening semasa hamil. Jika anda pitam, hubungi doktor anda selepas anda sedar semula untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik.

13. Pergerakan bayi saya semakin perlahan

Tanda bahaya kehamilan no 13 ialah tiada pergerakan atau pergerakan bayi. Bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin menandakan bayi anda dalam keadaan tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan.

14. Saya rasa gatal seluruh badan

Kegatalan yang teruk mungkin menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan air kencing berwarna gelap dan najis yang pucat.

Kegatalan semasa hamil adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk. Lebih-lebih lagi pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda.

15. Saya terjatuh dan perut saya terhentak

Jatuh atau hentakan tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda mungkin tidak perlu risau. Bayi anda selamat kerana dilindungi oleh uterus dan cecair amnion.

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera.  Pergilah ke unit kemalangan dan kecemasan di hospital terdekat. .

16.Saya rasa “tidak begitu sihat”

Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu simptom, tidak rasa seperti biasa atau rasa tidak selesa, hubungi doktor anda. Pastikan anda dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega.
Badan anda sedang berubah dengan pesat.  Kadang kala sukar untuk dipastikan samada apa yang anda alami ini adalah normal ataupun tidak. Kenalpasti tanda tanda bahaya kehamilan ini, sebagai langkah berjaga-jaga.

Mommies semua boleh amalkan doa ini ketika sedang mengandung agar segalanya dipermudahkan dan kandungan dipelihara.

doa-semasa-hamil-doa-ibu-mengandung

Jika mahu cuba set supplement mengandung untuk merasai tempoh mengandung yang indah saya amat syorkan pengambilan Set Mengandung Shaklee yang selamat untuk mommies dan si manja.

14305355_1103703489665773_8264992584561577186_o

Set Mengandung Shaklee

Vitamin Ibu Mengandung 1st Trisemester

Vitalea – Multivitamin terbaik dengan formula zat besi. Membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. Jika ibu mengambil vitalea, obimin tidak perlu di ambil lagi.
B Complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
Vitamin C – Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Ostematrix/Kalsium – keperluan ibu mengandung adalah 1000mg – 1300mg kalsium sehari untuk pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilan kalsium juga membantu mengurangkan sakit belakang ,kebas-kebas dan kekejangan kaki yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.
ESP- Energizing Soy Protien untuk membekalkan protien yang cukup, untuk memastikan pertumbuhan bayi yang sihat.

Vitamin Ibu Mengandung 2nd Trisemester

Vitalea
B Complex
Vitamin C
Ostematrix / Kalsium
ESP 

OmegaGuard – merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Omega diperlukan untuk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang hanya diperolehi melalui pemakanan.

Jaga diri baik-baik mommies semua! ❤

Tempahan dan konsultasi boleh hubungi Ayen 🙂

Fadzrin Zainal
Whatsapp : 017-2071981
Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju
Tokey.Vitamin.KLCC

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s