Tips Rumah Kemas Walau Ada Baby/Toodler

Assalamualaikum mommies semua! Busy nampaknya mengurus kerja rumah. Sambil-sambil sip kopi cicah biskut tu jom baca entry ayen kali ini.

Ayen ade baca satu post ni di FB tapi bila nak cari balik dah tak jumpa pula. Tips ini Ayen rase sangat berguna bagi kita para ibu. Tak kira yang bekerja atau suri rumah. Nak mencapai matlamat rumahku syurgaku perlu ada strategi juga. Maklumla domestic engineer work smart orang kata. Hihi.

housewife

1) Bangun pagi awal 1-2 jam dari anak.
Bila bangun awal boleh la bersiram dengan tenang,. Sempat masak breakfast yang simple untuk anak. Sempat sarapan dengan tenang. Mampu ber”me time” walau setengah jam. Terapi minda tu. Jadi hari anda bermula dengan tenang. Ada yang sanggup bangun seawal 4 pagi. Kalau tak sanggup awal sejam-dua sudah mencukupi. Jika anak selalu bangun pukul 8 pagi. Ibu2 bangun lah pukul 6 pagi.

2) Kemas katil dan bilik tidur sejurus bangun pagi.
Bila bangun pagi terus lipat selimut, susun bantal, kutip baju kotor yang sudah dipakai semalam untuk dicuci. Trust me bila tengok katil dan bilik dah berkemas barulah puas dan rasa lebih structure nak mulakan hari. Tak perlu la ambil masa lama. Kemas atur bantal tak sampai 10 minitkan.

3) Cuci baju setiap hari (ikut kapasiti seisi rumah).
Ramai seisi rumah..banyaklah baju kotor. Nak mengelak malas memproses basuh baju yang menimbun, cuci baju setiap hari. Macam ayen, salah satu push faktornya kerana tekanan air di rumah Ayen kadang slow. Tiba-tiba tak ada air dan kena pula baju menimbun. Boleh haru jadinya. Jika bekerja, boleh basuh baju waktu malam. Kan rata-rata membasuh guna mesin basuh, campakkan saja dalam mesin basuh dan ibu bole settlekan kerja lain. Multi-tasking itukan kehebatan para ibu.

4) Lipat Baju selepas angkat kain dari jemuran.
Haa yang ni memang challenge untuk ayen. Tapi sejak istiqomah seminggu ni kurang la gunung kat rumah ni..hihi. Tips die sambil lipat tengok rancangan tv kegemaran. Tapi make sure tangan juga berjalan. Takut abis rancangan gunung tak tertarah lagi…ngee…Bila kain siap berlipat clear lah rumah. Rasa kepuasan kalau tengok bakul kain tu kosong. Bila hari-hari buat amount kain tu akan jadi sikit jadi proses melipat akan lagi mudah. Kadang tak sampai 10 minit dah settle.

5) Kemas ruang tamu dan mainan anak 2 kali sehari (tengah hari dan sebelum tidur)
Ada anak kecil bukan senang nak maintain kekemasan rumah. Biarkan mereka main sepuasnya dengan mainan mereka sebab resam budak kecil adalah bermain. Masa sepah tu tutup la sebelah mata yer, nanti bila mereka tengah nap petang, ibu boleh kemaskan. Tujuannya kemas di tengah hari ialah takde la rumah sepah sangat. Bila nak kemas waktu malam dah tak larat. So kemas sikit-sikit tak membebankan badan. Tak pon ajak anak kemas sekali. Bila hari-hari practice anak pon tahu lepas main segala permainan wajib kemas balik.

Jika ade budget lebih mommies juga boleh sediakan satu bilik permainan untuk anak-anak bermain. Jadi kawasan permainan bersepah hanya di area bilik itu sahaja. Agak tak mampu diselamatkan tutup pintu sudahhh..sambung esok kemas..hihi

Kemas sebelum tidur pula faedahnya bila bangun pagi kita rasa rumah kita still kemas dan tak perlu pagi-pagi kelam kabut nak kemas itu ini sebab waktu awal pagi kan “me time” para ibu.

6) Pastikan sinki dapur kosong tiada mangkuk atau cawan kotor.
Sudah guna mangkuk atau cawan basuh terus. Ini boleh tag team dengan hubby. Tolong-tolonglah isteri basuh pinggan. Tolong-menolong kerja pon jadi mudah.

7) Sapu rumah 2 hari sekali, mop rumah seminggu sekali.
Sapu kerap sebab dapat mengelakkan pasir-pasir atau habuk berkumpul. Jika lama lagi peram proses menyapu akan menyiksakan. Mop lantai pula boleh la dibuat pada hari weekend. Guna la Basic H. Kotoran pon tanggal lebih mudah..lantai pon mengelip.

8) Ambil masa basuh tandas/ bilik air sewaktu mandi.
Sambil-sambil mandi tu ambil la sapu toilet tu gosok-gosok sikit lantai jadi tidaklah berlumut. Bila basuh kerap tak perlu nak sental teruk-teruk sebab kadar kotoran tidak kritikal.

 

Perasan tak sebenarnye kita mengemas di tempat2 strategik saja. Tapi trust me bila mommies dah tackle tempat strategik ini rumah mommies akan nampak kemas luar biasa walau ada anak kecil dirumah.

Jadi bila balik kerja pon sejuk hati hilang penat di office. JIka suri rumah tenang rasa hati walau hanya duduk di rumah.

Jadikan rumah mommies tempat paling selesa untuk didiami. Jika tidak mampu nak lakukan semua, mintak bantuan daily maid atau ambil upah orang kemas seminggu sekali. Pendek kata mommies yg decide utk kepuasan sendiri dan bukan orang lain.

Dan kalau mommies nak kekal bertenaga sepanjang hari sangat recommended mommies semua mengambil supplement agar tidak terasa penat atau stress melampau. Bila penat itu yang selalu cepat swing mood, marah-marah dan bertukar la jadi “raksasa”. No no no..not good.

Jadi Ayen recommended moomies semua mengambil Supplement Shaklee Terbaik untuk Wanita ini. Antaranya adalah:

  • Vitalea
  • Osteomatrix ( Kalsium)
  • B Complex
  • GLA Complex
  • Vitamin E
  • Omegaguard
  • Vitamin C
  • ESP
  • Collagen Powder
  • Vivix
  • Lecithin

Masing-masing ada fungsi tertentu. Wah banyaknya! Jangan risau Ayen akan recommend mana yang terbaik mengikut budget mommies semua. Hubungi Ayen untuk konsultasi dan tempahan :-).

Harap tips mengemas yang Ayen ambil dari salah satu blog ini berguna. Ini intipati yang Ayen masih ingat sebab Ayen sudah cuba praktikkan dan menampakkan hasilnya. Sharing is Caring! ❤

Fadzrin Zainal (017-2071981)

Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s