Dah Lama Kawin Tapi Belum Ada Zuriat? Jom Amalkan Doa Mendapatkan Zuriat ini

Anak merupakan anugerah paling agung buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin..nak nak bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Bagi pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata walau sudah mendirikan rumah tangga bertahun lamanya pasti akan dihujani dengan pertanyaan cepucemas tentang anak dari sanak saudara yang kadang kala akan buat kita jadi fobia. Berpeluh dahi memikirkan jawapan yang nak diberikan dan akhirnya “silence is the best answer” kan.

baby3

Geramkan tengok baby comel ni

Jodoh pertemuan, cahaya mata, rezeki memang di tangan Allah tapi kita sebagai hambanya kene berusaha dan jangan sekali berputus asa. Jadi ada di antara kita akan terus mendapatkan nasihat dari doktor-doktor perbidanan, berikhtiar dengan cara tradisional, berurut, mengambil ubat dan jamu tertentu malah sanggup berhabis ribuan ringgit untuk produk yang kononnya amat mujarab dan dapat mempercepatkan proses kehamilan. Sesungguhnya usaha mendapatkan zuriat memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan kesefahaman antara suami dan isteri.

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita betul tak. Tapi fakta ini sama sekali silap! Walaupun 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita, turut mengejutkan juga kerana 40% kes turut berpunca dari lelaki. Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut. Jadi jalan yang paling mudah adalah bertemu dengan doktor dahulu dan lakukan test kesuburan sebelum para isteri meratap menyalahkan diri sendiri ok.

Faktor SUKAR Mendapat Cahaya Mata

  • Kitaran haid tidak menentu sama ada dua kitaran haid dalam sebulan atau satu kitaran haid dalam masa dua atau tiga bulan.
  • Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama dan berserta dengan senggugut.
  • Berat badan berlebihan antara punca ketidaksuburan.
  • Lelaki pula mungkin mengalami masalah ketidaksuburan seandainya air mani terlalu cair.
  • Lelaki yang sihat biasanya tiada masalah dengan ereksi.
  • Tanda-tanda hormon lelaki pada tahap yang normal seperti berlakunya ereksi di waktu pagi walaupun tiada rangsangan, mempunyai bulu roma yang banyak dan perlu bercukur (janggut/misai) setiap hari.
Punca wanita tidak subur:
  •  Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Punca kedua-dua lelaki dan perempuan tidak subur:
  • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  • Pendedahan terhadap punca radiasi.
  • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.
     Namun apa yang lebih rumit apabila kita di sahkan sihat, (kedua-dua pasangan) namun sehingga sekarang masih belum mendapat cahaya mata.Dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar jika tuan dan puan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Jika anda mencari ikhtiar selain daripada perubatan moden, anda boleh amalkan supplemen dari Shaklee yang di sarankan.

  • Vivix- memulihkan sel hingga ke peringkat DNA
  • GLA Complex– memulihkan hormon.
  • Vitamin E – membantu menstabilkan hormon reproduktif pada kedua2 lelaki dan wanita.
  • Zinc – meningkatkan tahap testosteron dan bilangan sperma pada lelaki.
  • Vitamin C – Membina imun sistem yang kuat.
  • B Complex – Memberi ketenangan jiwa dan menstabilkan hormon.
  • Vitalea- Membekalkan nutrisi yang cukup .
  • ESP-Membina sel-sel tubuh badan yang sihat.
Bagi yang ingin mencuba vitamin, saya cadangkan kedua2 suami isteri mengambil  Vivix, Vita Lea (multivitamin), B Complex dan Vitamin C, dan untuk isteri ditambah dengan GLA Complex.
Untuk suami, tambah satu lagi pengambilan Vitamin E. Kekurangan Vitamin E boleh menjejaskan kualiti sperma, merendahkan potensi dan keinginan seks.
Di samping itu. kurangkan minuman berkarbonat dan makan fast food,sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Boleh dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya mahu mengambil sebarang ubat untuk kesuburan  atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan tuan dan puan  dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata .Amin.

Doa mendapatkan Zuriat khas dari Dr Hamid Arsat. Bolehla diamalkan.

Untuk tempahan dan kosultasi Set Subur Shaklee boleh hubungi Ayen yer ❤

Fadzrin Zainal (017-2071981)

Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s