Ubat “Hangatkan Cinta” buat Arjuna dan Dara

Minta maaf awal-awal kalau tajuk entry terlebih sudaahhh untuk post kali ni. Sengaja letak tajuk hangat” mana tahu boleh tarik minat para suami & isteri di luar sana untuk membaca. Ehemm tips hanya boleh diaplikasi selepas anda diijab kabul yer. Sebelum ijab kabul jangan pandai-pandai nak try test. Kumpul ilmu saja tak ape..huhu.

Couple-in-Sunset-Beach-HD-Wallpaper

Syoknya dapat spend time berdua macam ni. Macam dunia ini ana yang empunya..hihi

Kebahagian rumah tangga bukan hanya tertumpu pada tanggungjawab isteri saja. Suami juga perlu  main peranan sama..agar hubungan itu sentiasa hangat macam mula-mula kahwin.

Pernah tak tengaok cerita 50 first date lakonan Adam Sandler dan Drew Barrymore? Cerita romantik komedi ni senang sikit nak hadam time santai-santai. Jika ada yang belum tonton lagi, bolehlah buat movie date dengan pasangan masing-masing yer. Sediakan Pop Corn dulu then spend time together. Auuwww bestnye.

Tapi takpe Ayen kongsikan sinopsis cerita ini : akibat accident,  Lucy (watak lakonan Drew Barrymore) mengalami short term memory loss. So apa-apa memory baru akan hilang selepas Lucy tidur dan segalanya seperti di wipe off. So Harry (lakonan Adam Sendler) yang love at the first sight dengan Lucy ni akan melakukan pelbagai cara nak tackle dan buat Lucy jatuh cinta dengannya setiap hari.

50 first dates

50 first dates and still counting ewwahhh

So apa kaitannya cerita ini? Apa value added yang kita boleh ambil dari cerita ini? Setiap pasangan mesti berusaha menghangatkan hubungan suami isteri. Buat pasangan kita jatuh cinta kepada kita setiap hari.  Para hubby di luar sana sebenarnya nak tackle hati isteri ni tak perlukan candle light dinner every day. Imam kan solat pon dah buat hati isteri melting tau; simple whatsapp seperti “I love U” boleh jadikan isteri lompat bintang.

Dan pada para isteri calon bidadari syurga pula bila suami balik rumah, sambut dengan senyuman walau rumah macam ala-ala tongkang nak pecah. Offer air kegemaran. Cuba elakkan bebelan yang tidak perlu.

Trust me. Ayen juga sama seperti pasangan di luar sana. Ada juga gaduh-gaduh manja. Adat berumahtangga kan..macam lagu P.Ramlee tu “sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri”..gituuu. Kita sama-sama dalam proses pembelajaran. Belajar untuk jadi insan lebih baik. Kehidupan rumah tangga juga adalah satu proses pembelajaran yang panjang.

Lagi satu perkara yang perlu dititk beratkan adalah hubungan intim antara suami dan isteri. Awal setahun dua mungkin masih hangat tapi bila berganjak tahun ketiga-keempat nak-nak sudah ada anak.  Seharian kerja balik sambung pula tugas di rumah, hubungan intim? Esok masih ade..lepas tu esok masih ade..last skali forget it la..

Menurut seorang kaunselor rumahtangga, kebanyakan masalah rumahtangga berpunca dari kekurangan keperluan batin. Perasaan curiga, cemburu, cepat marah mudah terjadi apabila keperluan intimasi dalam rumahtangga tidak dipenuhi dengan sebaiknya.

Dan daripada hasil kajian, pasangan suami isteri yang sentiasa cukup dalam keperluan batin atau merasai seronok melakukan hubungan intim ini akan merasa lebih bahagia, tenang hatinya, awet muda, dan lebih berkeyakinan. Taaddaaa nampak tak di situ para suami isteri sekalian pentingnye hubungan intimasi ni. Opps Ayen tujukan buat pasangan halal sahaja yang belum nikah sile tunggu lepas diijabkabul yer.

Jika masalah kedinginan hubungan suami isteri berlarutan, akan terjadinya jurang antara suami dan isteri. Akan mula datang bibit cemburu, curiga, syak wasangka dalam diri terhadap pasangan masing-masing. Adakala isu kecil sahaja sebenarnya namun sebab emosi dan keperluan batin ini tidak dipenuhi dengan baik maka ada juga kes pergaduhan yang boleh mengakibatkan berlarutan sehingga talak diminta…Nauzubillah.

Pakar membuat kajian 1 daripada 5 pasangan hidup dalam keadaan ” sexless” marriage. Bermaksud, frekuensinya kurang daripada 10 kali setahun. Mungkin untuk warga emas (60 tahun keatas) perkara ini normal. Tapi untuk mereka yang berumur 26-45 tahun perkara ini sesuatu yang sangat serius. Hubungan suami isteri ini adalah ikatan emosi yang harus disemai dan di baja selalu. Tanpanya kita cuma hidup seperti “college university roomate”. Betul kan? So, much or less hanya itu rahsia yang pasangan itu mengetahui, dan jika anda tahu anda berhadapan dengan masalah seksualiti yang dingin,harus segera mencari penyelesaiannya.

Selalunya faktor kurangnya hubungan intimasi antara suami dan isteri adalah disebabkan faktor kepenatan dan stress melampau. Dah penat nak beraksi pon tak ada tenaga. Kadang tak sempat buat apa-apa dah terlena.

Jadi di sini perlunya para suami dan isteri WAJIB mempertimbangkan pengambilan supplement bagi memberi tenaga dan meningkatkan kesihatan anda dan pasangan. So here are the list…jeng jeng jeng…:-)

VITAMIN YANG DIPERLUKAN BUAT SUAMI DAN ISTERI

VITAMIN E
Digelar ‘vitamin cinta’ atas sebab kaitannya terhadap kesihatan seksual. Di antara peranan penting yang dimainkan oleh Vitamin E dalam membantu penghasilan hormon estrogen untuk lelaki dan keseimbangan progesteron pada wanita. Ia penting dalam mengawal keinginan, tarikan dan mood seks anda! Vitamin E berperanan sebagai antioksidan yang berperanan memelihara organisma dari kerosakan semasa proses pengoksidaan yang penting dalam fungsi seksual. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki yang mengambil vitamin E untuk sekurang-kurangnya seminggu akan mengalami tenaga seksual yang lebih baik, libido lebih kuat dan kurang stress dalam kehidupan harian. Bagi wanita, vitamin E mengurangkan sindrom sebelum haid (PMS) dan pre-menopause seperti mood berubah, kekejangan, sakit kepala, depressi dan sebagainya.

VITAMIN C
Vitamin C bertindak bersama vitamin E dalam meningkatkan nafsu seksual. Ia membantu proses penting tubuh yang memberi kesan terhadap kesihatan seksual seperti membantu penyerapan zat besi, pembentukan sel daran dan metabolisma kelenjar adrenalin. Vitamin C juga menguatkan sistem imun tubuh, melindungi dari tekanan dan mengekalkan keaktifan tubuh anda. Percubaan klinikal secara rawak oleh seorang penyelidik mendapati dos asid askorbik yang tinggi (terdapat dalam vitamin C) boleh meningkatkan kekerapan hubungan intim dan memperbaiki mood.

VITAMIN B
Vitamin B2, B3, B5 dan B 12 boleh membantu meningkatkan keinginan seks. Ia juga penting dalam mengawalselia organ seks manusia. Ia juga penting penghantaran isyarat oleh saraf serta penghasilan tenaga ke seluruh tubuh, yang memainkan peranan utama dalam meningkatkan libido. Vitamin B6 pula mengawal penghasilan prolaktin yang berperanan dalam hubungan intim.

VITAMIN A
Membantu mengawal sintesis hormon progesteron, yang penting dalam mewujudkan perasaan berkasih-sayang. Vitamin A juga penting dalam fungsi normal sistem pembiakan lelaki dan wanita.

ZINC
Diperlukan dalam proses penghasilan testosterone pada lelaki dan wanita. Kandungan zinc adalah paling tinggi dalam kelenjar prostate dan sperma. Kekurangan zinc boleh menjejaskan kualiti sperma, merendahkan potensi dan keinginan seks.

LAIN-LAIN
Magnesium – penting dalam penghasilan hormon seks dan neurotransmitter yang bertindak menggesa organ seks
Selenium – Penting dalam pergerakan dan pengeluaran sperma. Hampir separuh kandungan selenium dalam tubuh lelaki terdapat dalam testis dan saluran semen.

Kesimpulannya, ini adalah supplement suami dan isteri khas dari shaklee yang boleh diambil bagi memberi kesihatan dan tenaga yang optimum sepanjang anda melayari bahtera rumahtangga anda :

set-suami-isteri

  • Multivitamin with Iron/ Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Zinc

Jadual pengambilan lengkap akan diberi bersama pembelian melalui Ayen.

* Suka Ayen ingatkan bahawa vitamin-vitamin ini bukanlah ubat-ubatan seperti Viagra, pil Kuda ataupun ubat utk kuat xxxx. Ianya vitamin semulajadi, berfungsi untuk menjadikan badan sihat dan cergas dan the rest, let the nature take it course. Kerana Allah telah menjadikan lelaki untuk wanita, dan wanita untuk lelaki dan DIA jadikan kita  berpasang-pasangan supaya kita berasa aman dan tenteram.

Saya mendoakan agar kehidupan anda suami isteri sentiasa bahagia selalu. ❤

Jika memerlukan sebarang konsultasi dan tempahan contact saja Ayen. Free of charge bebeh.

Fadzrin Zainal (017-2071981)

Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju

Bahana Swing Mood Ketika Berpantang Sipi Lagi Nak Meroyan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bertemu kite dalam entry kali ini yang mana saya nak berkongsi pengalaman saya sendiri berpantang anak sulong saya.

bersalin czer pembedahan

Agaknya beginilah keadaan semasa saya melahirkan Adam dengan cara czer dulu. Kalau tengok gambar ni sebelum bersalin mau trauma saya..huhu

Saya dijaga oleh ibu saya sepanjang tempoh berpantang. Berurut, bertungku, berbengkung (saya pakai yang ZapOn saje sebab czer nak ikat kuat-kuat takut terbuka jahitan pula..aauuucchhh) malah semua regime berpantang la kene ikut. termasuk la tak boleh keluar rumah selama tempoh berpantang. Nak cantik dan hot punye pasal kuturutkan jua…hihi.. Maklumlah first time masa ini ilmu tidak banyak lepas tu malu bertanya lebih kepada kawan-kawan pula maka ikut semua nasihat ibu bulat-bulat.

Seawal seminggu dua tu saya tak ambil apa-apa supplement atau jamu. Nak ambil jamu takut panas dan fikir takut anak pon boleh dapat side effect. Ini berpandukan pada pengalaman dari kawan-kawan yang share pengalaman mereka. Jadi sebab risau sgt dan takut apa-apa terjadi pada baby saya, saya putuskan untuk maintain je cara pemakanan saya tanpa ade pengambilan supplement atau jamu. Seminggu boleh tahan lagi tapi bila masuk minggu kedua saya dah start rase tak best. Badan rase sakit-sakit, lenguh-lenguh, mood pon selalu tak menentu kadang rase happy, tetibe je nanti sedih lepas tu nak marah…it’s so not me!.. .Satu hari bile saya tengok diri saya dihadapan cermin dengan keadaan yang tidak bermaya, pucat dan takde seri langsung start dari situ saya cakap kat diri saya…I have to do something to myself..ni baru anak sorang anak beb tak kan dah macam ni keadaan saya…sedih..itu la realiti…sob sob..sob..

OK enough citer sedih…Nak tau macam mana saya berkenalan dengan Shaklee?..Haa meh saye sambung cerita. Tengah sedih-sedih tu saya pon logon la FB saya dan entry first yang masuk dalam newfeed saya hari itu adalah “Set Berpantang dan Set Menyusu Shaklee” dari page kawan saya sendiri iaitu Mama Khairani. Mama Khairani ni adalah school mate, dorm mate dan class mate saya waktu di SEMESTI dulu. Saya memang dah tau die adalah salah seorang pengguna tegar shaklee dan berbusiness online dengan produk shaklee. Hari tu terdetik hati saya nak bukak details tentang produk ini. Dan bila saya baca dan baca dan baca….eh menarik jugak produk ni..100% telah diuji secara klinikal dan yang penting HALAL. Dalam dah berkata-kata aku kene cube produk ni. Terus saya message Mama Ani ni dan dalam 3 hari wallaahhhh dah dapat set yang saya ingin kan di depan mata.

Seminggu consume secara konsisten saya dah dapat rasai perbezaannye. Pertama saya tidak marah-marah lagi..rase lebih tenang…badan dah tak rase letih-letih malah lebih bertenaga nak layan si kecil Adam..muka mangkin berseri, tumit dah tak sakit..kalau tak pagi-pagi bangun tidur rase nyilu sangat nak pijak lantai..dan yang paling best berat badan saya susut tanpa saya sedar…Alhamdulilah saya telah membuat pilihan yang tepat!

set berpantang bersalin normal czer

Set Berpantang Shaklee tak kira anda bersalin secara normal atau cesarean

Kenapa dari awal saya berat hati untuk memilih Jamu. Ia mungkin kerana:
1) Jamu adalah sebatian kompleks. Bila ibu makan jamu, elemen jamu ditransfer ke baby melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk tapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu, ini membebankan hatinya. Nak tapis jamu lagi, nak buang bilirubin lagi. Sekaligus melambatkan proses penyingkiran bilirubin. Itulah punca prolong Jaundice.

2) Makan jamu untuk pulihkan badan semasa dalam pantang.Tapi disebabkan jamu ‘berat’ sangat untuk baby. Jadi saya amalkan vitamin. Lagipun vitamin adalah nutrien yang mudah dikenali oleh badan. Jamu perlu diuraikan dahulu baru dapat dikenal pasti badan untuk diserap. Jadi prosesnya tak complicated, badan cepat sihat.Bila badan sihat, zatnya juga dapat kepada anak kita melalui susu badan. *BONUS* Bila makan vitamin, susu badan mencanak-canak macam air terjun ^^, badan sihat, baby sihat, semua happy, kan?

Pengajaran untuk diri saya dan saya harap ibu-ibu di luar sana yang sedang mengandung take note. Jangan skip vitamin semasa mengandung kerana ini membantu tumbesaran baby dalam perut. Bila baby dapat berat ideal, dia cukup sihat untuk berada di luar rahim ibu. Abaikanla mitos-mitos atau pesan lapuk yang cakap “tak usah makan vitamin masa pregnant, nanti baby besar susah nak keluar!” Aduh, janganla macam tu, pengambilan supplemen penting. Sebelum mengandung, semasa mengandung, dan selepas melahirkan.

So take care of yourself ladies, enjoy your motherhood!

Ada antara ibu diluar sana yang inginkan pengalaman pantang yang manis di mana badan sentiasa bertenaga, mood yang tenang dan susu meriah buat si manja? Boleh cuba Set berpantang shaklee. Hubungi saya untuk kolsultasi dan tempahan.

Fadzrin Zainal (017-2071981)

Pengedar Shaklee KLCC, Keramat AU, Setiawangsa dan Wangsa Maju